Tuesday, March 23, 2010

bapa kencing berdiri anak kencing berlari

tadi kena suruh jaga kelas darjah 2.. pastu ada saturang budak tumbuk muka kwn dia. uiyo0o mcm dlm movie tuh~!!! gilaaa budak2 zmn sekarang ne.. trlampau tgk movie atau mmg experience dorng sendiri d rumah? aku pun tidak tahu..

walaupun aku bkn cikgu yg baik tapi tidak la aku biar ja smbil tepuk-tepuk tangan. haha.

aku leraikan pergaduhan tu.. suru budak samseng tahi kucing tu berdiri di tempat dia. mulakan soal siasat dan mulakan sesi ceramah pastu diakhiri dengan sesi maaf-memaafkan. pastu dorang bergurau dan ketawa2 mcm tiada apa-apa berlaku. budak2 memang cepat hilang ingatan.

lepas aku bagi ceramah free tuh, aku terfikir apa yg aku bagi nasihat sama mcm apa yg penah ayah bagi nasihat sama aku masa aku kecil2 dulu.

"kalau dia ejek kamu ada kamu kurang apa2? ada kamu tambah miskin?ada kamu kurang handsome?"

haha.lebih kurang gtula aku cakap sama budak tu... (perhatian kela:ada kan ayah cakap gini time kita kecil2?haha)

bila difikir2... menjadi dewasa ni sedar tidak sedar aku menjadi dewasa mcm umi ayah aku..

bercakap mcm dorang,
bertindak mcm dorang,
layan adik2 macam dorang,
marah macam dorang,
bagi nasihat pun macam dorang.

ia la.. bukan semua macam dorang.. baik hati bukan mcm dorang, lemah lembut bukan macam dorang, tapi kebanyakan reaksi terhadap sesuatu sama macam dorang.

walaupun sebenarnya aku tidak mahu jadi macam dorang tapi automatik begitu.. kenapa gitu ar?sudah berabis aku tidak mahu tapi tetap juga tidak dapat elak.

betul la pensyarah english aku cakap 'belajar bahasa adalah lebih baik jika belajar daripada secara tidak langsung iaitu first language acquisition' olololo~

huhuuhuhu.

menjadi dewasa sangat susah tapi aku tidak mahu jadi kanak2 balik.

bagus mati. hahahaha!

3 comments:

  1. wahhh...epa smkin matang...i like..hehehe

    ReplyDelete
  2. aku mimang matang ko ja nda menyedarinya huhuhu

    ReplyDelete
  3. aahahahhaa.. syabas ipa! ko memang cekgu yang berjaya.

    ya~ aku sangat igt ayat ayah yg tersayang - kalo kamu ejek dia ada kamu tambah kaya? hehehe.. ayah!!! i miss u!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails