Monday, August 1, 2011

are you ready classs?~~~~

selalu tanya 'are you ready class?~~~' sama budak tahun1 sebelum dorang buat persembahan nyanyian ikut kumpulan. dan dorang akan jawab dengan semangatnya. hehe comel. hehe dan terasa mcm aku ni pengacara dlm tv. walaupun dorang kelas last & tepaksa ajar nyanyi guna pendengaran pasal tidak pandai membaca tapi dorang comel juga kadang2 dan pendengaran sangat hebat.

sebenarnya maw bertanya diri sendiri. ready ka aku maw kawen ni? sebenarnya dalam kepala simple ja. kawin. tiada fikir benda lain. jadi bila kawan-kawan tanya itu ini, cakap pasal hal tanggungjawab semua mmg takut juga sekejap tapi lepas tu lupa. hahaha.

ready kah sebenarnya kami yang pergi tempat pelamin cakap sama org tu 'apa yang kau rasa cantik itu la yang cantik bagi kami' pastu pergi tempat baju tidak sampai 10minit decide macam mana warna dan design pastu boleh pula pujuk ayahumi berabis supaya majlis one go ja pastu bila baca blog bride to be terfikir kenapa aku xda perasaan macam dorang haha. ready ka aku utk kawen 20.11.2011 ni?

HAHAHA. hantam ja la kan?

Wednesday, June 15, 2011

kali pertama

jadi masa cuti sekolah Jun hari tu, kami (aku, yasir, naima) pergi ke Jakarta untuk kali kedua. tapi kali ini lebih kepada untuk menyelesaikan misi mustahil bukan untuk merondaronda melihat alam. 3 hari di sana Alhamdulillah misi selesai di laksanakan. jadi baki lagi 4hari kami pun berpleseran sehingga ke bandung. haha. byk benda 1st time dalam hidup aku masa di sana...

first time #1
salah masuk tandas. aku mmg nampak sign 'toilet pria' tapi disebabkan tangki yang macam maw pecah sudah tambah lagi aku nampak ada prempuan becermin di depan tandas tu aku hantam ja la.. sekali baru masuk selangkah ada orang tegur 'mbak mahu ke mana? tandas wanita di atas' haiiiihh.. nasib keinginan untuk buang air mengatasi kemaluan aku.

first time #2
jadi aku pun cari tandas ppuan. lepas dapat aku pun masuk tengok tandas duduk tapi sangat sangat kotor. siapa la mahu duduk di tandas sekotor itu. adeh. jadi aku mencangkung la.. masa mahu cuci baru aku sedar paip cuci dia dari dalam mangkuk. jadi dengan menggunakan skill yang ada aku maw buka paip tu pelanpelan pastu guna air tu. tidak sangka plak air dia saaangat deras sampai terkena pintu. dan tidak sangka lagi, ada orang teriak dari luar 'mbak!!! salah tu posisinya!!' sebanyak beberapa kali. macam aku tidak maw kwar ja dari tandas tu lepas tu =.=

first time#3
salah bagi duit. dua ribu rupiah ku sangkakan dua puluh ribu rupiah. cashier tu kasi ketawa aku lepas tu rilek ja cakap 'orang Malaysia ya?'. hahaha. ketaralah orang malaysia mmg selalu salah.

first time #4
siapa pernah jalan kaki ayam d Jakarta angkat tangan. hehe. hujan tidak sampai 2jam Jakarta banjir. hehe. di center of Jakarta lagi tu... hebat. masa ini juga la merasa terkena kejutan elektrik. tapi yang best nya, masa hujan hujan banjir banjir begitu kami lari lari pergi stesen kereta api, tapi lepas ja nampak ada gerai jual baju smart tepi jalan terus singgah. haha. memangla nda berfikiran waras.



first time #5
pertama kali dalam hidup dapat sarapan maggy cup dari hotel di Bandung. hahaha. tapi malamnya, kami terpaksa makan magy cup lagi lepas duit habis di belanja.hahaha. makanan 2nd, shoping 1st.




first time #6
baaaanyak makanan baru yang di makan untuk pertama kali. pasal memory low memang tidak ingat sudah. tapi paling di ingat 1st time makan macarons. tidak sedap rupanya. sudalah mahal. hurm





selalu nya aku tidak berminat untuk pergi ke tempat yang sama dua kali. tapi kali ini, yang pastinya Bandung akan ku lawati lagi.. fuhhh. kali ni mesti bawa duit satu karung. baru puas hati. amin.

all picture credit to yasir. hehe. aku ambil satu ja gambar masa di sana. haha.

Thursday, May 5, 2011

i need someone.

cant write on fb. cant talk to my friend.

ketulahan. is it?

padan muka!

Monday, April 11, 2011

Tuhanku ya Allah...

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah pencen,
Tlg ingatkan aku kepada masa ini, sehingga saat ini mereka sentiasa pastikan perbelanjaan aku tidak pernah putus malah mereka berusaha untuk memastikan perancangan hidupku berjalan lancar.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan mahu ke mana-mana,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menemani aku dari menghantar aku ke sekolah semasa kecil, sehingga semasa hari pertama melapor diri untuk bekerja dan juga tentang mereka sanggup bekorban utk menghadiri konvo aku.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan memerlukan pertolongan ku utk bergerak,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menghantar aku ke pintu kereta sambil memastikan semua barang aku di angkat kemudian menanti sehingga aku hilang dari pandangan jika aku mahu berjalan pulang walaupun hanya ke asrama Gaya atau ke Nabawan.

Tuhanku,
Bila nanti aku maw belikan bunga untuk kekasih hati ku si fred fendy,
Tlg ingatkan aku, bunga pertama kali yang pernah ku terima d dunia ini adalah daripada umi ayah semasa konvo. Mereka bukan jenis orang yang membeli bunga atau hadiah tetapi mereka untuk pertama kalinya membelikannya utk aku.

Tuhanku,
Bila aku mengagumi kasih sayang dan cinta fred fendy kepadaku selama 4thn perkenalan ini,
Tlg ingatkan aku tentang kasih sayang dan cinta umi ayah yang tidak pernah putus kepada ku sejak 24 thn yang lalu.

Ayah umi, epa cintakan ayah umi walaupun tidak pernah tunjuk dan tidak pernah ckp dpn ayah umi dan walaupun epa bkn anak yang baik dan selalu tidak dengar cakap dan selalu tidur tidak sedar diri.

Wednesday, March 2, 2011

hoi orang gumuk warna kuning!

digi palui.

oleh kerana tiada line DiGi sini Nabawan (padahal di simpang masuk yang 7minit ja dari sekolah ada line sini plak tiada. aneh sungguh) jadi kami bersatu hati dan sebulat suara maw beralih arah ke Celcom.

maka, hari tu telepon la DiGi center. itu amoi cakap kalau maw tukar celcom mesti supliment line buat account sendiri dulu. since kami guna DiGi50. tapi dia tidak mention mesti buat di DiGi center shj.

jadi aku, ayah, umi pun pegilah booth DiGi , tempat kami register postpaid itu hari. tp org tu cakap tidak boleh. mesti di Digi center juga.

next week nya baru dapat pegi Digi center pasal kan biasalah org Nabawan. punya susah maw pegi sana hari sabtu dan punya awal aku sampai sana. sebelum pintu dorang buka lagi. malangnya tu acai cakap mesti org dia datang juga. walaupun aku bawa IC umi ayah tidak dapat juga. buduh! kalau suda orang tu trust kita bawa IC dia apa guna lagi dorang datang sndri! pastu aku gtaw la masalah aku tidak dapat pegi sama2 pasal ari sabtu dorang ada kursus. dia bagi solution-buat surat pemberian kuasa untuk wakil. ok fine. masi dapat besabar.

kemarin, ayah sama umi pegi la sana bawa surat bodoh tu sekali. apa tu orang Digi cakap sama dorng? tidak dapat juga process pasal aku tidak mention di surat tu kenapa dorang maw buat account sendri dan apa aku maw buat sama akaun aku. bodoh!

apalah susa sangat. kasi ja la dorang buat account baru. bukan kami maw minta sedekah sama kau! bodoh. aku tidak kisah la, aku memang selalu malang dalam urusan urusan gini. tapi kau suda susahkan ayah umi aku la bodoh! dasar mahluk kuning! patut la tiada line sini! pasal kamu bodoh rupanya!

Tuesday, February 8, 2011

my second love (after fredogonzales haha)

epa love makanan!!!

untuk keseinambungan cerita pasal makanan 13SG hari tu, dengan alasan yang sama iaitu terlampau lama di ruma maka terciptalah beberapa lagi makanan 13SG yang berasaskan milo. hehe. bukan jamilo ya kawankawan.. tapi milo yang minum milo anda jadi sihat dan kuat.

tuan tuan dan puan puan resepi pertama pada hari ini ialah...


milopisang. memang umph! kalau tidak makan nasi pun boleh lepas makan ni. hui. saya suka ini barang!



resepi kedua pula ialah..


applemilopekat. haha. selain campur amoi.. apple yang dicampur milo juga lazat ya tuantuan dan puanpuan.


dan resepi yang terakhir ialah...


ini edisi khas chinese new year. milomandarin. hoho.

becakap pasal makanan ni.. selepas mengetahui tempat posting di Nabawan, tanpa membuang masa kami telah berusaha untuk mencuba makanan yang ada di iklan kan samada di radio atau television. tetapi semuanya sangat mengecewakan..


sebagai contoh ya tuantuan dan puanpuan, ini adalah piza yang kami hendak makan..

tetapi yang sampai adalah begini


orang buta pun boleh nampak perbezaannya. huhu. mana merah2 yg dalam gambar? mana bentuk empat segi di tengah2? mana? haha. dan saya dan pen
dapat saya mengatakan menabur benda se akan cornflakes di atas pizza bukan idea yang baik. huhu.

pastu maw try yang lain pula.. konon nanti tidak dapat lagi
selalu makan begini, padahal Nabawan-kk dekat ja pun haha.


perhatikan bulat2 di atas, macam maw melimpah bagaikan
volcano kan.. tapi realtinya..


ala xda ambil gambar di dalam dia. huhu. tapi xda yang melimpah dan rasanya pun urmm susa maw cakap. haha.

dan contoh yang terakhir ya murid-murid..

adakah anda kenal apa ini? haha. rupa sebenarnya rupa dia adalah begini..


haha. nasib baik rasa yang satu ini ok. huhu.

ya memang pun dari duuuuulu lagi kita tidak pernah dapat exactly macam dalam iklan kan T___T bestnya kalau ada 1 department untuk mengadu halhal begini. wuu wuu.

okeh la, sekian dan harap maklum.

sign out until get internet connection.. hahaha. harap la skolah tu ada wireless tidak payah ambil broadband. huhu. amiin.

wish me luck people!!~~~~

Saturday, February 5, 2011

ya Allah

please pause the time for a while..

ooooooohhhhhhhhhh God.

please :'(


Monday, January 31, 2011

pendidikan seks


pada suatu hari beberapa hari yang lalu, aku comment status kawan aku di FB pasal brotherhood. aku cakap dia biased pasal brotherhood ja sisterhood nya tiada.. sekali ada saturang lagi kawan beliau cakap yg brotherhood tu cover lelaki&perempuan. dia bagi contoh macam human. aku akur ja la pasal aku ni memang nda pandai BI.

tapi lepas tu aku try la google. aku maw try tulis can woman be part of brotherhood lepas tengok definition nda berapa puas hati. sekali aku tetengok ini...


can woman get another woman pregnant?!?!

biar betul.. patutla kerajaan perkenalkan pendidikan seks di sekolah kan.. hahahaha. ini kompom tidak belajar tingkatan4 punya biologi ni. eh tingkatan 4 ka tu ah? lupa suda.

jadi menyambung cerita, kalau refer kawan2 yang tere BI seperti saudari pare, nui dan judith dorang semua cakap brotherhood utk lelaki ja. manakala kamus online pula bagi definition:

1. The state or relationship of being brothers.
2. Fellowship.
3. An association of men, such as a fraternity or union, united for common purposes.
4. All the members of a profession or trade.

jadi kesimpulannya, aku pun nataw apa jawapan sebenar.

HAHAHAHAHA.

thats why i hate learning language.

Thursday, January 27, 2011

argh!!!!



ini barang boleh masuk dalam list 10 benda paling aku benci dalam dunia!!! apa lagi kalau yg suda tunggu 1 malam tepaksa bangun bangun tengah malam maw tekan download dan ngam2 lagi time mood kacau bilau argghhh!!!!!!!

I HATE YOU SO MUCH FROM THE BOTTOM OF MY HEART.
THANK YOU.

Wednesday, January 26, 2011

aku seorang kereta Rusa yang gagah

aku sebuah kereta Rusa yang gagah perkasa. aku banyak memberikan sumbangan peribadi mahu pun secara langsung atau tidak langsung kepada sebuah keluarga pacik Awaluddin.

aku telah berjaya membawa mereka mengelilingi satu borneo dari Tawau sehingga Kuching. walaupun pacik Awaluddin sering membuat keputusan mengejut, sebagai contoh semasa hendak pergi Brunei pada beberapa tahun yang lalu pacik Awaluddin telah membuat keputusan utk terus ke Kuching selepas tiba d Brunei. atau pun semasa sarapan pagi di rumah tiba-tiba isteri beliau hendak makan durian kemudian mereka seluruh keluarga pergi ke Spitang utk mencari durian murah. atau pun tanpa pengumuman awal, aku sering di bawa ke sana ke mari terutamanya Ranau dan Kota Marudu. tapi aku tetap mencuba sedaya upaya memberikan servis terbaik lima bintang.

tiba tiba pada suatu hari, isteri pacik Awaluddin telah membuat satu keputusan drastik. dua atau tiga hari yang lalu, pada mulanya pacik dan isteri pergi kedai kereta mahu menjual kereta Kancil, sahabat karib ku sejak dulu. tibatiba isteri pacik Awaluddin nampak ada seorang pacik mahu beli kereta Rusa di kedai tersebut. maka beliau mempromosi saya kepada pacik tersebut kemudian dia bersetuju kemudian membuat urusan kemudian selesai.

saya sedih melihat wajah tuan saya semasa saya di bawa pergi ke kampung yang baru di Kota Marudu. bertambah sedih apabila melihat wajah anak perempuan nya yg comel. tapi tuan baru saya ini nampak baik. saya harap dia akan melayan saya dengan lebih baik dan tidak akan membuat keputusan drastik apa-apa.

sekian la cerita saya sebagai seorang kereta Rusa yang gagah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails