Wednesday, March 28, 2012

kebetulan yang betul-betul




jun 2010 (kalau tidak silap)

kami ke manila beramai-ramai. pada suatu malam, hujan turun dengan kuat nya dan kebetulan pula pada masa itu kami sesat jadi basah kuyup dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. oleh kerana itu, terpaksa pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.

seluar pun yang koyak kena tampal ja -.-

jun 2011

masa tu di jakarta, hujan turun dengan lebatnya sehingga jakarta banjir. dalam (agak) kesesatan mencari stesen keretapi, baju dan seluar basah kuyup dan juga menyebabkan pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.
ok tiada gambar lain. ini gambar maw mms sama lukman supaya dia setuju atau tidak dengan jaket tu haha. (pakai kasut sukan lagi, tinggal turun padang ja bha ni hahaha)


disember2011


di manila, dalam perjalan pulang dari manila mall dengan hanya berjalan kaki, hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya dan kesimpulan sama terjadi.. pakai trek suit sampai la beli jeans baru. haha.

malas maw rotate. haha

itulah perlunya belajar sejarah kan? supaya tidak jadi macam aku ni yang tidak pernah belajar dari pengalaman. haha. next time mesti bawah jeans lebih dari satu!

Friday, March 2, 2012

kenapa raja sehari tidak boleh di guna pakai kepada kami


ALHAMDULILLAH.

majlis kahwin hari tu boleh dikatakan berjaya pasal tiada benda yang maw di senarai kan sebagai memori hitam. haha. walaupun aku terasa macam bukan raja sehari kecuali part duduk di pelamin pastu orang tengok-tengok. selain itu, terasa macam artis, sana sini ambil gambar. hehew. ohya, kenapa kami bukan raja sehari adalah seperti berikut:

1. jam 5.30 pagi (hari bersanding) bangun, pergi dewan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran sekalian, tolong set up segala kerusi meja, photobooth, candy buffet(candy buffet ka juga nama dia tu naima? hahaha). secara normal nya, pengantin akan bersiap di rumah untuk bercantik-cantik, bukan di dewan join angkat kerusi sekali. huhu.



2.bersiap untuk hari raya lebih lama aku rasa daripada bersiap untuk bersanding.
bayangkan tuantuan dan puanpuan, lepas gigih menolong di dewan, balik rumah dalam jam8pagi , tukang mekap ada suda tapi pengantin belum mandi. dia mekap kejap ja lebih kurang setengah jam, lepas tu baru sedar shawl& veil belum iron. paling sandi. sedangkan kalau hari raya, malam sebelum sudah siap semua ber iron. hehe. nasib ada kela, dia tolong iron dan tolong pasang shawl. huhu.


muka mekong ja kepenatan haha


3. sepanjang hari persandingan tu kami tiada makan apa apa.
dari mula sampai di dewan jam 10pagi, orang panggil bergambar sana sini, senyum-senyum kambing sana sini, beramah mesra sana sini sedar-sedar jam 2.30 petang suda. baru sedar, kami belum makan. mmg tiada acara makan beradab, tapi tiada orang sedar juga kami belum makan. hahaha.


dari mula masuk dewan, perut memang andang-andang lapar. haha


4. kamilah antara orang paling last meninggalkan dewan, paling last si yasir. lepas tu balik rumah drive sendiri!


guard dewan penjara pun tekejut tgk pengantin driving :D


5. pada sebelah malam pula, ada orang pergi main futsal & aku menemankan dia seperti hari normal. entah ada ka orang gila bola macam dia ni. haha. lepas kawin, trus main.


nampak jersi no.2 yang baru lepas jatuh tu? thats my beloved husband :D kehkeh

6. daaan keesokan pagi nya, kami ke kota marudu memenuhi jemputan kawen kawan. macam nda pandai penat plak kita kan b? haha.




banyak benda yang terjadi di luar jangkaan tapi akhirnya settle. semua rahmat Tuhan :) mempunyai umi ayah kela abg amir yasir naima lukman adek dan keluarga yg supportive, orang sekeliling yang baik hati, kawan-kawan yang sentiasa memeriahkan majlis dan semuaaaaa tetamu yang tidak habis-habis datang pun semua rahmat Tuhan :)

kesimpulannya majlis kawin kami ni macam majlis main-main ja. hahaha. tapi sebenarnya majlis kawin ni sebelumnya ja rasa macam-macam. tapi lepas majlis tu baru kita sedar yang majlis ni macam majlis biasa ja yang satu hari habis. tidak payah la terlalu risau tidak berpada-pada. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails