Sunday, May 30, 2010

esok kawan2 saya bergembira di KDCA saya berkerja keras di rumah hahaha

+tajuk tiada kaitan+

aku ada memori yg sangat-sangat rendah. serendah pendrive 256mb yang tidak sudah berada dalam pasaran. kadang-kadang sampai terfikir ada penyakit ka aku ni atau berapa ribu semut sudah aku telan ni atau betul la tu orang cakap makan kepala ikan buat lupa. aku suka makan mata ikan dan otak ikan! haha

entah la apa silap aku atau aku memang ditakdirkan begini. kan semuanya takdir.

aku tidak dapat ingat lebih dari 15orang atau mungkin tidak lebih dari 10 orang pun haha pelakon di dunia ni.. sampai selalu kawan aku cakap 'itu pun tidak taw ka?' helloooo. sudah memori aku rendah yang ko tidak puas hati tu kenapa? bagi la aku memori ko sikit kalo berani. bukan nya aku ni jenis tidak tengok movie.. macam hampir semua movie yg keluar di growball tu aku tgk. pasal growball murah hahaha. kali kalo ada 10 movie dalam jadual tu 7 daripadanya sudah aku tengok. dari movie yang entah apa entah macam suster keramas sampaila movie yg hot macam... na aku lupa suda apa tajuk dia yg hero dia nama dastan. huhu. ah prince of persia.


kalau tengok bola mesti orang cakap aku ni tengok bukan pasal minat sama bola tapi just tengok orang hensem ja. pasal asal dorang cerita2 pasal pemain mesti aku ternganga maw recall which is which. sedangkan kawan lama aku pun ada aku kenal rupa ja tapi tidak dapat ingat nama dia apa lagi pemain bola yang jauh di luar negara yang aku tidak pernah jumpa. tapi ya, aku ngaku aku tengok bola sambil tengok orang hensem. kenapa? berdosa ka sampai perlu pandang rendah?

ekceli semua sukan pun sama.. apa lagi kalo nama player dia yang pelik-pelik.

paling lemah kalau kena suruh ingat tarikh. befdei family aku pun ada aku tidak ingat berapa haribulan apa lagi befdei member2 =.='' sudah cuba ingat tapi gagal juga. nombor telefon jangan cakap la.. nombor aku, fred0, ayah, umi, rumah ja aku ingat di dunia ne. dan satu lagi nombor telefon kawan aku sekolah rendah yang kami tidak kontek lagi. entah napa aku ingat plak number dia since sekolah rendah. haha. *jadi leyna, jgn marah aku ar*

dan aku selalu rasa perkara yang baru terjadi macam sudah lama terjadi. macam.. baru kemarin aku nampak kawan aku jalan-jalan maw pergi main futsal tapi aku rasa benda tu terjadi beberapa bulan yang lalu.

penyakit atau pemalas?aku pun tidak tahu. tapi pasal kelemahan aku ni aku selalu terasa. huhu.

Tuesday, May 25, 2010

contest menang blackberry

ini boleh masuk hari ini dalam sejarah epi 3 ni.. hehe. 1st time join contest-contest ni.. pasal hadiah dia sangat dimahukan! blackberry!~ huhu.

contest ni berasal dari http://porttuantanah.com/

harap ada malaikat tolong aku kali ini dan menang contest ni walaupun memang aku tahu dari azali lagi aku tidak pernah bertuah.. dapat hadiah cabutan bertuah pun satu kali ja pernah sepanjang 23thn hidup apa lagi dapat blackberry free kan? hahaha! lagi pun peserta semua hebat-hebat belaka.. bukti di [SINI] dan juga di [SINI episod2]

syarat-syarat untuk menang ialah:
  1. 3 gambar (OK! cukup)
  2. Melakonkan watak Abe, TTT, dan diri sendiri. (done)
  3. Posing sebagai Abe dan pegang kertas bertulis atau print www [dot]
  4. Posing sebagai TTT pegang porttuantanah
  5. Posing sebagai diri sendiri pegang [dot] com
  6. Sambungkan ketiga-tiga gambar memanjang, atau melintang. Boleh juga edit guna satu background. (selesai)
  7. So hasilnya macam pegang www [dot] porttuantanah [dot] com. (sila rujuk gambar di bawah)
  8. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog korang, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com. (okeh~)
  9. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini. (akan dibuat nanti)
  10. Jadi follower porttuantanah.com. (okie dokie)
  11. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung. (yes bos!)

dengar ura-ura boleh buat banyak-banyak gambar untuk masuk contest ni.. hehe. jadi aku buat dua.. satu versi fredo and satu lagi versi epa. adil! hahaha.

ini version epa..



abe (di atas sekali) TTT (tengah2) aku (sebagai kungfu panda)




dan ini versi fred0...



abe, TTT (utk mengelakkan kontroversi model membelakang) dan model itu sendiri.



semua gambar di ambil di tepi jalan kundasang, sabah masa trip pergi sana last week. ho. itu la boleh nampak gunung kinabalu (gambar 1st) dan perkampungan cantik (gambar 2nd) control-control masa ambil gambar pegang kertas di tepi jalan pasal semua yang lalu tengok kami macam dorang tengok haiwan yang hampir pupus =.=''


okay. sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di dapati di siiiiiiiiiiiiniiiiii secara percuma.

terima kasih dan selamat berjaya kpd diri sendiri!~ hoho.

Friday, May 21, 2010

tiga.three.san.salasa.

3 tahun... terima kasih semua saat bahagia :) walaupun kadang2 aku rasa kau layan aku bukan macam girlfriend.. tapi macam member-member ja..

kau suka kasi ketawa aku.. kalau aku buat salah atau ter- malukan diri sendiri kompom kau ketawa berdekah-dekah sana.. bukan maw backing aku..

aku pakai lens.. orang lain rilek ja cakap cantik ka apa ka.. tapi kau? kau cakap aku alien.

kalau aku pakai mekap tebal sikit atau tudung lain sikit style jarang lah kau maw puji aku.. selalunya macam tiada ja yg kau perasan sesuatu yg lain.. tapi pandai pula puji time aku selekeh macam baru lepas berkebun pun kau cakap comel.

kau drag aku pergi tengok match kau tidak kira la futsal ka bola ka di sana sini walaupun aku tidak minat bola pun.. terus automatik pemain bola yg aku minat sekarang ialah kau =.='' tapi tunggu world cup nanti aku maw cari idola aku yang baru. barukautaw.

kalau dalam kereta macam setiap hari aku dengar bunyi kentut kau yg merdu.. kalau bau pandai plak kau ketawa2 sana.. huh. tidak pandai control depan gf la awak ne~

kalau kita jalan2 nampak ada awek cun dan sexy, depan mata aku ko maw phewit2.. siap bawa aku discuss pasal ke-sexy an awek tu lagi.. terlampu selalu sudah sampai sekarang kalau ada awek sexy aku lagi pergi siku2 kau suru tengok. tapi selalunya kau sudah nampak terlebih dahulu =.=''

kalau aku marah bukan kau pandai pujuk.. kau buat lawak gila sana terpaksa aku ketawa dan tiba-tiba aku lupa aku tengah marah sebenarnya.

tapi tidak apa.. aku taw, dalam hati kau ada ruangan khas untuk aku kan.. yg VIP punya.. dan hanya untuk aku pasal aku gemuk jadi orang lain tidak muat suda. FML. semoga ruang itu tidak boleh di pindah milik sudah dan semoga Allah memberkati kita :)


akhir kata,

jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang :p


HAPPY 3RD ANNIVERSARY IFFR3D!~
21.05.07-last forever.

Thursday, May 20, 2010

hari ini dalam sejarah. episod 2

ya saya berumur 23 tahun dan ini la pertama kali saya tengok movie 3D! heeeee.

sungguh mengujakan. terima kasih.

cinema pertama di sabah yang ada 3D dan hari ini hari pertama pembukaan nya dan kami antara 147 orang pertama yang menontonnya pada tayangan yang pertama!~

movie yang kami tengok ialah shrek!~

walaupun harga tiket yang mencabar pada waktu yang sukar ini kerana kesempitan kewangan.. rm 15.. wuwu. boleh tengok 3 wayang suda kalau d growball! tapi demi pengalaman kami sanggup :D cewah.

sebenarnya sudah berusaha invite ramai orang.. tapi yang ada hanya sekumpulan wanita cantik..


sugar daddy..


dan co-sugar daddy..



ini scene sebelum movie mula.. semua excited pakai spek mata magic!



dan ini selepas.. semua excited kasi tunjuk gambar yang berjaya di ambil dalam panggung time pakai spek.. haha.




lepas pengalaman yang seronok di wayang.. kami pun pergila menyeronokkan perut makan di nasi ayam likas. hehe.



maafkan camera saya yang kurang mahal.


dan ini la pemenang piring bertuah pada hari tersebut..



semua penduduk sabah boleh la menonton wayang 3D tanpa perlu naik kapal terbang ke tempat lain. hanya menaiki kenderaan darat ke suria KK. harga tiket rm15 dan tidak payah bawa student card. haha. tapi sila berhati-hati semasa di sana dan awas jika terjumpa dengan mahluk ini...


Wednesday, May 5, 2010

hotel city.


this is my hotel. in facebook.

i always pray it is real so i have much or at least enough money to spend in manila later.

this is my typical pathetic life. always like this! got no money but got large nafsu for jalan2.. but always end with happy and unforgettable ending. Thank God. hope this one will be the same :)

who have any vacancy i repeat ANY vacancy can call me any time.

or maybe you want to donate also can!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails