Monday, April 2, 2012

pengalaman berharga


jadi kemarin aku dengan suka hati ikut fred fendy remaja klasik kesayangan hati balik kinabatangan dengan racangan awal pagi isnin (iaitu hari ini) balik nabawan dan terus pergi sekolah. dalam jam 3petang bertolak dari sini.. tiba-tiba, nasib tidak menyebelahi kami apabila 1tayar pecah bersama rim sekali apabila terlanggar lubang yang maha dalam di jalan telupid-beluran. masa tu dalam jam 7 lebih.. di dalam kegelapan malam, di kelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit kami menukar tayar dengan jayanya..


keluar kuasa kuda


oleh kerana rim pecah, jadi rancangan untuk balik ke sekolah terpaksa ditukar dengan berat hati nya. rancangan yang baru ialah balik ke kk awal pagi, pergi honda beli rim 1 biji, selesai urusan, fred fendy remaja klasik balik kinabatangan jam8 malam, iffahzuleha pula balik nabawan ke esok an hari nya.

tiba-tiba, lepas sahaja limpas telupid, 1 lagi tayar pancit. sudah jatuh di timpa tangga nasib baik di timpa tangga yang tiada cedera parah. syukur kepada Tuhan, batch kami di hantar di seantero negeri sabah. jadi dengan besyukur nya kami telefon cikgu Iqbal, minta tolong hantar tayar pergi workshop kasi repair kemudian selesai dan kemudian perjalan diteruskan dengan encik fendy remaja klasik punya muka hangus terbakar psl tunggu kami repair tayar lama sangat. haha. Iqbal, may Allah bless u!


tukar tayar beberapa kali dalam masa kurang dari 24jam membuatkan aku rasa cool. haha


selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan sampai la ke kk dengan selamatnya pada pukul 2. mengambil masa lebih lama daripada biasa. tetapi pencarian rim masih diteruskan kerana rim di honda berharga rm964 untuk 1 biji sahaja tanpa tayar. huhu. semoga Allah merahmati pencarian rim ini naaanti minggu depan. amin.

secara kesimpulannya, sebab itu lah saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini cikgu! tolong maafkan saya ya!

Wednesday, March 28, 2012

kebetulan yang betul-betul




jun 2010 (kalau tidak silap)

kami ke manila beramai-ramai. pada suatu malam, hujan turun dengan kuat nya dan kebetulan pula pada masa itu kami sesat jadi basah kuyup dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. oleh kerana itu, terpaksa pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.

seluar pun yang koyak kena tampal ja -.-

jun 2011

masa tu di jakarta, hujan turun dengan lebatnya sehingga jakarta banjir. dalam (agak) kesesatan mencari stesen keretapi, baju dan seluar basah kuyup dan juga menyebabkan pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.
ok tiada gambar lain. ini gambar maw mms sama lukman supaya dia setuju atau tidak dengan jaket tu haha. (pakai kasut sukan lagi, tinggal turun padang ja bha ni hahaha)


disember2011


di manila, dalam perjalan pulang dari manila mall dengan hanya berjalan kaki, hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya dan kesimpulan sama terjadi.. pakai trek suit sampai la beli jeans baru. haha.

malas maw rotate. haha

itulah perlunya belajar sejarah kan? supaya tidak jadi macam aku ni yang tidak pernah belajar dari pengalaman. haha. next time mesti bawah jeans lebih dari satu!

Friday, March 2, 2012

kenapa raja sehari tidak boleh di guna pakai kepada kami


ALHAMDULILLAH.

majlis kahwin hari tu boleh dikatakan berjaya pasal tiada benda yang maw di senarai kan sebagai memori hitam. haha. walaupun aku terasa macam bukan raja sehari kecuali part duduk di pelamin pastu orang tengok-tengok. selain itu, terasa macam artis, sana sini ambil gambar. hehew. ohya, kenapa kami bukan raja sehari adalah seperti berikut:

1. jam 5.30 pagi (hari bersanding) bangun, pergi dewan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran sekalian, tolong set up segala kerusi meja, photobooth, candy buffet(candy buffet ka juga nama dia tu naima? hahaha). secara normal nya, pengantin akan bersiap di rumah untuk bercantik-cantik, bukan di dewan join angkat kerusi sekali. huhu.



2.bersiap untuk hari raya lebih lama aku rasa daripada bersiap untuk bersanding.
bayangkan tuantuan dan puanpuan, lepas gigih menolong di dewan, balik rumah dalam jam8pagi , tukang mekap ada suda tapi pengantin belum mandi. dia mekap kejap ja lebih kurang setengah jam, lepas tu baru sedar shawl& veil belum iron. paling sandi. sedangkan kalau hari raya, malam sebelum sudah siap semua ber iron. hehe. nasib ada kela, dia tolong iron dan tolong pasang shawl. huhu.


muka mekong ja kepenatan haha


3. sepanjang hari persandingan tu kami tiada makan apa apa.
dari mula sampai di dewan jam 10pagi, orang panggil bergambar sana sini, senyum-senyum kambing sana sini, beramah mesra sana sini sedar-sedar jam 2.30 petang suda. baru sedar, kami belum makan. mmg tiada acara makan beradab, tapi tiada orang sedar juga kami belum makan. hahaha.


dari mula masuk dewan, perut memang andang-andang lapar. haha


4. kamilah antara orang paling last meninggalkan dewan, paling last si yasir. lepas tu balik rumah drive sendiri!


guard dewan penjara pun tekejut tgk pengantin driving :D


5. pada sebelah malam pula, ada orang pergi main futsal & aku menemankan dia seperti hari normal. entah ada ka orang gila bola macam dia ni. haha. lepas kawin, trus main.


nampak jersi no.2 yang baru lepas jatuh tu? thats my beloved husband :D kehkeh

6. daaan keesokan pagi nya, kami ke kota marudu memenuhi jemputan kawen kawan. macam nda pandai penat plak kita kan b? haha.




banyak benda yang terjadi di luar jangkaan tapi akhirnya settle. semua rahmat Tuhan :) mempunyai umi ayah kela abg amir yasir naima lukman adek dan keluarga yg supportive, orang sekeliling yang baik hati, kawan-kawan yang sentiasa memeriahkan majlis dan semuaaaaa tetamu yang tidak habis-habis datang pun semua rahmat Tuhan :)

kesimpulannya majlis kawin kami ni macam majlis main-main ja. hahaha. tapi sebenarnya majlis kawin ni sebelumnya ja rasa macam-macam. tapi lepas majlis tu baru kita sedar yang majlis ni macam majlis biasa ja yang satu hari habis. tidak payah la terlalu risau tidak berpada-pada. hehe.

Monday, August 1, 2011

are you ready classs?~~~~

selalu tanya 'are you ready class?~~~' sama budak tahun1 sebelum dorang buat persembahan nyanyian ikut kumpulan. dan dorang akan jawab dengan semangatnya. hehe comel. hehe dan terasa mcm aku ni pengacara dlm tv. walaupun dorang kelas last & tepaksa ajar nyanyi guna pendengaran pasal tidak pandai membaca tapi dorang comel juga kadang2 dan pendengaran sangat hebat.

sebenarnya maw bertanya diri sendiri. ready ka aku maw kawen ni? sebenarnya dalam kepala simple ja. kawin. tiada fikir benda lain. jadi bila kawan-kawan tanya itu ini, cakap pasal hal tanggungjawab semua mmg takut juga sekejap tapi lepas tu lupa. hahaha.

ready kah sebenarnya kami yang pergi tempat pelamin cakap sama org tu 'apa yang kau rasa cantik itu la yang cantik bagi kami' pastu pergi tempat baju tidak sampai 10minit decide macam mana warna dan design pastu boleh pula pujuk ayahumi berabis supaya majlis one go ja pastu bila baca blog bride to be terfikir kenapa aku xda perasaan macam dorang haha. ready ka aku utk kawen 20.11.2011 ni?

HAHAHA. hantam ja la kan?

Wednesday, June 15, 2011

kali pertama

jadi masa cuti sekolah Jun hari tu, kami (aku, yasir, naima) pergi ke Jakarta untuk kali kedua. tapi kali ini lebih kepada untuk menyelesaikan misi mustahil bukan untuk merondaronda melihat alam. 3 hari di sana Alhamdulillah misi selesai di laksanakan. jadi baki lagi 4hari kami pun berpleseran sehingga ke bandung. haha. byk benda 1st time dalam hidup aku masa di sana...

first time #1
salah masuk tandas. aku mmg nampak sign 'toilet pria' tapi disebabkan tangki yang macam maw pecah sudah tambah lagi aku nampak ada prempuan becermin di depan tandas tu aku hantam ja la.. sekali baru masuk selangkah ada orang tegur 'mbak mahu ke mana? tandas wanita di atas' haiiiihh.. nasib keinginan untuk buang air mengatasi kemaluan aku.

first time #2
jadi aku pun cari tandas ppuan. lepas dapat aku pun masuk tengok tandas duduk tapi sangat sangat kotor. siapa la mahu duduk di tandas sekotor itu. adeh. jadi aku mencangkung la.. masa mahu cuci baru aku sedar paip cuci dia dari dalam mangkuk. jadi dengan menggunakan skill yang ada aku maw buka paip tu pelanpelan pastu guna air tu. tidak sangka plak air dia saaangat deras sampai terkena pintu. dan tidak sangka lagi, ada orang teriak dari luar 'mbak!!! salah tu posisinya!!' sebanyak beberapa kali. macam aku tidak maw kwar ja dari tandas tu lepas tu =.=

first time#3
salah bagi duit. dua ribu rupiah ku sangkakan dua puluh ribu rupiah. cashier tu kasi ketawa aku lepas tu rilek ja cakap 'orang Malaysia ya?'. hahaha. ketaralah orang malaysia mmg selalu salah.

first time #4
siapa pernah jalan kaki ayam d Jakarta angkat tangan. hehe. hujan tidak sampai 2jam Jakarta banjir. hehe. di center of Jakarta lagi tu... hebat. masa ini juga la merasa terkena kejutan elektrik. tapi yang best nya, masa hujan hujan banjir banjir begitu kami lari lari pergi stesen kereta api, tapi lepas ja nampak ada gerai jual baju smart tepi jalan terus singgah. haha. memangla nda berfikiran waras.



first time #5
pertama kali dalam hidup dapat sarapan maggy cup dari hotel di Bandung. hahaha. tapi malamnya, kami terpaksa makan magy cup lagi lepas duit habis di belanja.hahaha. makanan 2nd, shoping 1st.




first time #6
baaaanyak makanan baru yang di makan untuk pertama kali. pasal memory low memang tidak ingat sudah. tapi paling di ingat 1st time makan macarons. tidak sedap rupanya. sudalah mahal. hurm





selalu nya aku tidak berminat untuk pergi ke tempat yang sama dua kali. tapi kali ini, yang pastinya Bandung akan ku lawati lagi.. fuhhh. kali ni mesti bawa duit satu karung. baru puas hati. amin.

all picture credit to yasir. hehe. aku ambil satu ja gambar masa di sana. haha.

Thursday, May 5, 2011

i need someone.

cant write on fb. cant talk to my friend.

ketulahan. is it?

padan muka!

Monday, April 11, 2011

Tuhanku ya Allah...

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah pencen,
Tlg ingatkan aku kepada masa ini, sehingga saat ini mereka sentiasa pastikan perbelanjaan aku tidak pernah putus malah mereka berusaha untuk memastikan perancangan hidupku berjalan lancar.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan mahu ke mana-mana,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menemani aku dari menghantar aku ke sekolah semasa kecil, sehingga semasa hari pertama melapor diri untuk bekerja dan juga tentang mereka sanggup bekorban utk menghadiri konvo aku.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan memerlukan pertolongan ku utk bergerak,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menghantar aku ke pintu kereta sambil memastikan semua barang aku di angkat kemudian menanti sehingga aku hilang dari pandangan jika aku mahu berjalan pulang walaupun hanya ke asrama Gaya atau ke Nabawan.

Tuhanku,
Bila nanti aku maw belikan bunga untuk kekasih hati ku si fred fendy,
Tlg ingatkan aku, bunga pertama kali yang pernah ku terima d dunia ini adalah daripada umi ayah semasa konvo. Mereka bukan jenis orang yang membeli bunga atau hadiah tetapi mereka untuk pertama kalinya membelikannya utk aku.

Tuhanku,
Bila aku mengagumi kasih sayang dan cinta fred fendy kepadaku selama 4thn perkenalan ini,
Tlg ingatkan aku tentang kasih sayang dan cinta umi ayah yang tidak pernah putus kepada ku sejak 24 thn yang lalu.

Ayah umi, epa cintakan ayah umi walaupun tidak pernah tunjuk dan tidak pernah ckp dpn ayah umi dan walaupun epa bkn anak yang baik dan selalu tidak dengar cakap dan selalu tidur tidak sedar diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails