Showing posts with label i ♥ random. Show all posts
Showing posts with label i ♥ random. Show all posts

Monday, April 2, 2012

pengalaman berharga


jadi kemarin aku dengan suka hati ikut fred fendy remaja klasik kesayangan hati balik kinabatangan dengan racangan awal pagi isnin (iaitu hari ini) balik nabawan dan terus pergi sekolah. dalam jam 3petang bertolak dari sini.. tiba-tiba, nasib tidak menyebelahi kami apabila 1tayar pecah bersama rim sekali apabila terlanggar lubang yang maha dalam di jalan telupid-beluran. masa tu dalam jam 7 lebih.. di dalam kegelapan malam, di kelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit kami menukar tayar dengan jayanya..


keluar kuasa kuda


oleh kerana rim pecah, jadi rancangan untuk balik ke sekolah terpaksa ditukar dengan berat hati nya. rancangan yang baru ialah balik ke kk awal pagi, pergi honda beli rim 1 biji, selesai urusan, fred fendy remaja klasik balik kinabatangan jam8 malam, iffahzuleha pula balik nabawan ke esok an hari nya.

tiba-tiba, lepas sahaja limpas telupid, 1 lagi tayar pancit. sudah jatuh di timpa tangga nasib baik di timpa tangga yang tiada cedera parah. syukur kepada Tuhan, batch kami di hantar di seantero negeri sabah. jadi dengan besyukur nya kami telefon cikgu Iqbal, minta tolong hantar tayar pergi workshop kasi repair kemudian selesai dan kemudian perjalan diteruskan dengan encik fendy remaja klasik punya muka hangus terbakar psl tunggu kami repair tayar lama sangat. haha. Iqbal, may Allah bless u!


tukar tayar beberapa kali dalam masa kurang dari 24jam membuatkan aku rasa cool. haha


selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan sampai la ke kk dengan selamatnya pada pukul 2. mengambil masa lebih lama daripada biasa. tetapi pencarian rim masih diteruskan kerana rim di honda berharga rm964 untuk 1 biji sahaja tanpa tayar. huhu. semoga Allah merahmati pencarian rim ini naaanti minggu depan. amin.

secara kesimpulannya, sebab itu lah saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini cikgu! tolong maafkan saya ya!

Wednesday, March 28, 2012

kebetulan yang betul-betul




jun 2010 (kalau tidak silap)

kami ke manila beramai-ramai. pada suatu malam, hujan turun dengan kuat nya dan kebetulan pula pada masa itu kami sesat jadi basah kuyup dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. oleh kerana itu, terpaksa pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.

seluar pun yang koyak kena tampal ja -.-

jun 2011

masa tu di jakarta, hujan turun dengan lebatnya sehingga jakarta banjir. dalam (agak) kesesatan mencari stesen keretapi, baju dan seluar basah kuyup dan juga menyebabkan pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.
ok tiada gambar lain. ini gambar maw mms sama lukman supaya dia setuju atau tidak dengan jaket tu haha. (pakai kasut sukan lagi, tinggal turun padang ja bha ni hahaha)


disember2011


di manila, dalam perjalan pulang dari manila mall dengan hanya berjalan kaki, hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya dan kesimpulan sama terjadi.. pakai trek suit sampai la beli jeans baru. haha.

malas maw rotate. haha

itulah perlunya belajar sejarah kan? supaya tidak jadi macam aku ni yang tidak pernah belajar dari pengalaman. haha. next time mesti bawah jeans lebih dari satu!

Monday, April 11, 2011

Tuhanku ya Allah...

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah pencen,
Tlg ingatkan aku kepada masa ini, sehingga saat ini mereka sentiasa pastikan perbelanjaan aku tidak pernah putus malah mereka berusaha untuk memastikan perancangan hidupku berjalan lancar.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan mahu ke mana-mana,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menemani aku dari menghantar aku ke sekolah semasa kecil, sehingga semasa hari pertama melapor diri untuk bekerja dan juga tentang mereka sanggup bekorban utk menghadiri konvo aku.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan memerlukan pertolongan ku utk bergerak,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menghantar aku ke pintu kereta sambil memastikan semua barang aku di angkat kemudian menanti sehingga aku hilang dari pandangan jika aku mahu berjalan pulang walaupun hanya ke asrama Gaya atau ke Nabawan.

Tuhanku,
Bila nanti aku maw belikan bunga untuk kekasih hati ku si fred fendy,
Tlg ingatkan aku, bunga pertama kali yang pernah ku terima d dunia ini adalah daripada umi ayah semasa konvo. Mereka bukan jenis orang yang membeli bunga atau hadiah tetapi mereka untuk pertama kalinya membelikannya utk aku.

Tuhanku,
Bila aku mengagumi kasih sayang dan cinta fred fendy kepadaku selama 4thn perkenalan ini,
Tlg ingatkan aku tentang kasih sayang dan cinta umi ayah yang tidak pernah putus kepada ku sejak 24 thn yang lalu.

Ayah umi, epa cintakan ayah umi walaupun tidak pernah tunjuk dan tidak pernah ckp dpn ayah umi dan walaupun epa bkn anak yang baik dan selalu tidak dengar cakap dan selalu tidur tidak sedar diri.

Monday, January 31, 2011

pendidikan seks


pada suatu hari beberapa hari yang lalu, aku comment status kawan aku di FB pasal brotherhood. aku cakap dia biased pasal brotherhood ja sisterhood nya tiada.. sekali ada saturang lagi kawan beliau cakap yg brotherhood tu cover lelaki&perempuan. dia bagi contoh macam human. aku akur ja la pasal aku ni memang nda pandai BI.

tapi lepas tu aku try la google. aku maw try tulis can woman be part of brotherhood lepas tengok definition nda berapa puas hati. sekali aku tetengok ini...


can woman get another woman pregnant?!?!

biar betul.. patutla kerajaan perkenalkan pendidikan seks di sekolah kan.. hahahaha. ini kompom tidak belajar tingkatan4 punya biologi ni. eh tingkatan 4 ka tu ah? lupa suda.

jadi menyambung cerita, kalau refer kawan2 yang tere BI seperti saudari pare, nui dan judith dorang semua cakap brotherhood utk lelaki ja. manakala kamus online pula bagi definition:

1. The state or relationship of being brothers.
2. Fellowship.
3. An association of men, such as a fraternity or union, united for common purposes.
4. All the members of a profession or trade.

jadi kesimpulannya, aku pun nataw apa jawapan sebenar.

HAHAHAHAHA.

thats why i hate learning language.

Wednesday, January 26, 2011

aku seorang kereta Rusa yang gagah

aku sebuah kereta Rusa yang gagah perkasa. aku banyak memberikan sumbangan peribadi mahu pun secara langsung atau tidak langsung kepada sebuah keluarga pacik Awaluddin.

aku telah berjaya membawa mereka mengelilingi satu borneo dari Tawau sehingga Kuching. walaupun pacik Awaluddin sering membuat keputusan mengejut, sebagai contoh semasa hendak pergi Brunei pada beberapa tahun yang lalu pacik Awaluddin telah membuat keputusan utk terus ke Kuching selepas tiba d Brunei. atau pun semasa sarapan pagi di rumah tiba-tiba isteri beliau hendak makan durian kemudian mereka seluruh keluarga pergi ke Spitang utk mencari durian murah. atau pun tanpa pengumuman awal, aku sering di bawa ke sana ke mari terutamanya Ranau dan Kota Marudu. tapi aku tetap mencuba sedaya upaya memberikan servis terbaik lima bintang.

tiba tiba pada suatu hari, isteri pacik Awaluddin telah membuat satu keputusan drastik. dua atau tiga hari yang lalu, pada mulanya pacik dan isteri pergi kedai kereta mahu menjual kereta Kancil, sahabat karib ku sejak dulu. tibatiba isteri pacik Awaluddin nampak ada seorang pacik mahu beli kereta Rusa di kedai tersebut. maka beliau mempromosi saya kepada pacik tersebut kemudian dia bersetuju kemudian membuat urusan kemudian selesai.

saya sedih melihat wajah tuan saya semasa saya di bawa pergi ke kampung yang baru di Kota Marudu. bertambah sedih apabila melihat wajah anak perempuan nya yg comel. tapi tuan baru saya ini nampak baik. saya harap dia akan melayan saya dengan lebih baik dan tidak akan membuat keputusan drastik apa-apa.

sekian la cerita saya sebagai seorang kereta Rusa yang gagah.

Sunday, October 17, 2010

kenapa saya suka CH tiada air

air yang tenang jangan disangka tiada.....




spongebob, squidward, sandy, cory, judit dan funfun!





selain itu, jangan juga disangka tiada...




ju-on!!



dan juga..



hantu cina yang putih muka.


hehe. kalau maw berkenalan dengan hantu tersebut, sila la ke ----> sini.


Friday, September 24, 2010

awan


kamu perasan ka awan-awan zaman sekarang ni semua macam yang dalam majalah punya. yang cantikcantik. kan. kan. banyak jumpa awan yang menawan tapi banyak yang tidak dapat di ambil gambar. yang sempat macam di bawah ni.. (perhatian: pemandangan sebenar adalah lebih cantik disebabkan oleh camera murah T__T)






perhatian untuk kali kedua: gambar yang seterusnya, sila beliakkan mata anda kerana siapa yang tidak nampak pendek umur haha.



ini macam dinosaur yang macam dalam katun.



macam kapal terbang kan?



ini pula macam... saitan? ka?


bestnya kalau jadi doraemon. boleh tidur2 di atas awan. mesti sejuk. sekarang rumah panas betul.. huhu.

Saturday, August 7, 2010

saya budak ingin tahu




hari ini,

aku mahu tahu apa perasaan letak gambar sendirian di blog secara besar2an.

hahahaha :D

buat pengetahuan orang awam, aku tidak pernah set gambar yg sendiri-sendiri jadi walpaper hp atau letop.

kenapa? aku pun nataw. malu kali.

hoho.

selamat berpuasa semua!

jangan puasa nyangnyuk pagi pagi buka periuk ya~

Friday, June 18, 2010

ya Allah..

please dont let me growing up like her..

amin. amin. amin.

Thursday, June 17, 2010

waka waka eh eh

kita tahu kehangatan world cup telah menghangatkan kita bila...

3. primary picture di facebook kebanyakannya gambar-gambar player ataupun gambar2 jersey.

1. tidak payah susah2 tengok livescore lagi (bagi sesiapa tidak dpt tgk live) rujuk ja facebook anda dan banyak org update perkembangan terkini beserta berapa gol dan siapa yg kasi gol.

4. barang-barang world cup dijual di mana-mana termasuklah kedai 2ringgit. (btw, tongs ada jual baju2 tshirt WC rm10 sahaja! ehehehe)

2. banyak orang maw mengaku tengok bola bukan pasal tengok orang hensem tapi memang pasal dia sehati sejiwa dan lahir bersama-sama bola sepak.

5. banyak JC dijual di mudah atau lelong.com dengan harga yang murah & cepat habis.

6. orang yang malas bergerak dan turun padang sekarang suda ada bola sendiri dan beberapa jc dan bersemangat maw main bola suda iaitu...



fishball :D


terima kasih banyak2 kepada pencipta bola sepak! hoho.

Sunday, June 13, 2010

motto hidup hari ini

hidup ini singkat.

baru ja mandi pagi tidak lama kemudian sampai suda masa utk mandi petang. jadi jangan terlampau befikir utk mandi.

terima kasih.

Tuesday, June 8, 2010

berita terkini hiburan sensasi










kota kinabalu, 8jun2010- sebuah kebakaran telah berlaku di sinsuran petang tadi. beberapa kereta bomba dan motor bomba telah berjaya mengawal keadaan.jumlah kerugian dan sebagainya tidak diketahui kerana kami hanya limpas di sana sahaja dan tidak berjaya tunggu sampai habis. sekian terima kasih.

Monday, June 7, 2010

kawin si fare

punya kakak.

haha. fare punya turn tahun dpn (kata vivien).


hari ahad lalu kami dua fred0 start the journey around 10 (ka?) sampai di ranau 12.00++ sempat sesat lagi beberapa minit pasal tuan rumah(fare) & pusat informasi (c vivien) bagi arahan yang salah =.='' trus kami dua fred0 meragui itu betul rumah dia ka atau pura2. huhu.


best majlis tu.. dapat jumpa masidi majun (nda kenal?google sendiri psl aku pun baru kenal hari tu haha) dapat jumpa unduk ngadau ranau, dapat jumpa ema&adira (kata mereka af punya artis)


vivien pinjam gambar-gambar ko ah..



fredo yang mcm biasa sangat teruja kalau jumpa mana-mana artis hehe


tuan rumah pun dapat doorgift





vivien si pusat informasi yang kurang tepat ;p

dan yang paling best dapat makan aiskerimmmmmm





lepas ja dari ranau tu direct pergi tengok lagenda budak setan. memang saitan. cerita dia terlampau brief. huhu. macam sinopsis ja... paling terkejut time ending dia ada 'tamat bahagian satu' erk. kompom namaw tgk yg bahagian dua. haha.

aku bagi bintang : 1/5.


Saturday, June 5, 2010

good morning class!~




murid-murid,

mereka nakal,
mereka degil,
mereka malas,
mereka bikin panas,
mereka kreatif,
mereka _________ (isi tempat kosong)

mereka unpredictable.



p/s kadang-kadang jadi cikgu macam best.. tapi selalunya tidak best.

gumuk vs selim

tadi ada peperangan yang sengit di rumah kami antara team gumuk (adek&yasir) dan team selim (epa&lukman) haha.

ini ialah askar team selim..







dan ini pula team gumuk punya askar...



hahaha! kompom la team selim menang dgn bergaya.. dan hadiah nya ialah kfc 2ketul. *buat masa ini belum dapat lagi*

mempersembahkan pemenang untuk peperangan ini..




sila beri tepukan pengakap.



hoho. sebenarnya kena suru kasi masuk gula2 dalam kotak utk doorgift kanak-kanak time kawen kela nanti.. utk mempercepatkan kerja aku aplikasi kan apa yang belajar di maktab. menggalakkan persaingan. ehe. tidak sangka pula dpt kfc free-free.





Sunday, May 30, 2010

esok kawan2 saya bergembira di KDCA saya berkerja keras di rumah hahaha

+tajuk tiada kaitan+

aku ada memori yg sangat-sangat rendah. serendah pendrive 256mb yang tidak sudah berada dalam pasaran. kadang-kadang sampai terfikir ada penyakit ka aku ni atau berapa ribu semut sudah aku telan ni atau betul la tu orang cakap makan kepala ikan buat lupa. aku suka makan mata ikan dan otak ikan! haha

entah la apa silap aku atau aku memang ditakdirkan begini. kan semuanya takdir.

aku tidak dapat ingat lebih dari 15orang atau mungkin tidak lebih dari 10 orang pun haha pelakon di dunia ni.. sampai selalu kawan aku cakap 'itu pun tidak taw ka?' helloooo. sudah memori aku rendah yang ko tidak puas hati tu kenapa? bagi la aku memori ko sikit kalo berani. bukan nya aku ni jenis tidak tengok movie.. macam hampir semua movie yg keluar di growball tu aku tgk. pasal growball murah hahaha. kali kalo ada 10 movie dalam jadual tu 7 daripadanya sudah aku tengok. dari movie yang entah apa entah macam suster keramas sampaila movie yg hot macam... na aku lupa suda apa tajuk dia yg hero dia nama dastan. huhu. ah prince of persia.


kalau tengok bola mesti orang cakap aku ni tengok bukan pasal minat sama bola tapi just tengok orang hensem ja. pasal asal dorang cerita2 pasal pemain mesti aku ternganga maw recall which is which. sedangkan kawan lama aku pun ada aku kenal rupa ja tapi tidak dapat ingat nama dia apa lagi pemain bola yang jauh di luar negara yang aku tidak pernah jumpa. tapi ya, aku ngaku aku tengok bola sambil tengok orang hensem. kenapa? berdosa ka sampai perlu pandang rendah?

ekceli semua sukan pun sama.. apa lagi kalo nama player dia yang pelik-pelik.

paling lemah kalau kena suruh ingat tarikh. befdei family aku pun ada aku tidak ingat berapa haribulan apa lagi befdei member2 =.='' sudah cuba ingat tapi gagal juga. nombor telefon jangan cakap la.. nombor aku, fred0, ayah, umi, rumah ja aku ingat di dunia ne. dan satu lagi nombor telefon kawan aku sekolah rendah yang kami tidak kontek lagi. entah napa aku ingat plak number dia since sekolah rendah. haha. *jadi leyna, jgn marah aku ar*

dan aku selalu rasa perkara yang baru terjadi macam sudah lama terjadi. macam.. baru kemarin aku nampak kawan aku jalan-jalan maw pergi main futsal tapi aku rasa benda tu terjadi beberapa bulan yang lalu.

penyakit atau pemalas?aku pun tidak tahu. tapi pasal kelemahan aku ni aku selalu terasa. huhu.

Tuesday, May 25, 2010

contest menang blackberry

ini boleh masuk hari ini dalam sejarah epi 3 ni.. hehe. 1st time join contest-contest ni.. pasal hadiah dia sangat dimahukan! blackberry!~ huhu.

contest ni berasal dari http://porttuantanah.com/

harap ada malaikat tolong aku kali ini dan menang contest ni walaupun memang aku tahu dari azali lagi aku tidak pernah bertuah.. dapat hadiah cabutan bertuah pun satu kali ja pernah sepanjang 23thn hidup apa lagi dapat blackberry free kan? hahaha! lagi pun peserta semua hebat-hebat belaka.. bukti di [SINI] dan juga di [SINI episod2]

syarat-syarat untuk menang ialah:
  1. 3 gambar (OK! cukup)
  2. Melakonkan watak Abe, TTT, dan diri sendiri. (done)
  3. Posing sebagai Abe dan pegang kertas bertulis atau print www [dot]
  4. Posing sebagai TTT pegang porttuantanah
  5. Posing sebagai diri sendiri pegang [dot] com
  6. Sambungkan ketiga-tiga gambar memanjang, atau melintang. Boleh juga edit guna satu background. (selesai)
  7. So hasilnya macam pegang www [dot] porttuantanah [dot] com. (sila rujuk gambar di bawah)
  8. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog korang, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com. (okeh~)
  9. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini. (akan dibuat nanti)
  10. Jadi follower porttuantanah.com. (okie dokie)
  11. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung. (yes bos!)

dengar ura-ura boleh buat banyak-banyak gambar untuk masuk contest ni.. hehe. jadi aku buat dua.. satu versi fredo and satu lagi versi epa. adil! hahaha.

ini version epa..



abe (di atas sekali) TTT (tengah2) aku (sebagai kungfu panda)




dan ini versi fred0...



abe, TTT (utk mengelakkan kontroversi model membelakang) dan model itu sendiri.



semua gambar di ambil di tepi jalan kundasang, sabah masa trip pergi sana last week. ho. itu la boleh nampak gunung kinabalu (gambar 1st) dan perkampungan cantik (gambar 2nd) control-control masa ambil gambar pegang kertas di tepi jalan pasal semua yang lalu tengok kami macam dorang tengok haiwan yang hampir pupus =.=''


okay. sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di dapati di siiiiiiiiiiiiniiiiii secara percuma.

terima kasih dan selamat berjaya kpd diri sendiri!~ hoho.

Wednesday, May 5, 2010

hotel city.


this is my hotel. in facebook.

i always pray it is real so i have much or at least enough money to spend in manila later.

this is my typical pathetic life. always like this! got no money but got large nafsu for jalan2.. but always end with happy and unforgettable ending. Thank God. hope this one will be the same :)

who have any vacancy i repeat ANY vacancy can call me any time.

or maybe you want to donate also can!


Tuesday, April 13, 2010

buat projek

bagusnya la perasaan cuti masa hari rabu. terasa macam masa kena pause kejap dan boleh buat suma kerja yg tidak sempat kena buat sebelum ni pasal sebok 24/7. huhuhu. sebok sampai 2minggu lebih da tidak pijak growball utk tengok wayang T__T. siapa cakap keja cegu senang sila angkat tangan dan tampar muka anda sendiri. hahaha. oh perasaan ini sangat heaven! *tapi esok pergi sekolah terketar2 bagi alasan.wuwu.

salah satu yang menyebabkan kesibukan tersebut ialah membuat projek yang sebenarnya bukan tugas kami dan tiada kaitan dgn kami tapi pasal kami ni di anggap sebagai angel yang diturunkan ke sekolah tersebut utk menyelesaikan tugasan2 yang sepatutnya siap beberapa tahun dulu tapi ditangguh untuk menanti kedatangan kami oleh itu terpaksa juga buat tugasan tersebut. huhu!

tugasan paling grand setakat 3 kali praktikal ini...


iaitu buat jadual waktu induk sekolah~~~


nampak agak selekeh dan senang kan?tapi sebenarnya...


ada lebih kurang 800 keychain kami gunting ketas&tulis nama guru dan kasi masuk dalam keychain dan arrange ikut masa dlm jadual waktu. ada 800 paku yang maw ditukul utk sangkut semua keychain tu.ada 800 petak yang dilukis manual guna air tangan kami sendiri.

dan semua itu kami kena bagi masa kasi siap dalam masa 1HARI sahaja! dan lebih teruk hari itu ialah hari sabtu. oh wekend yang bahagia!

walaupun las2 tiada juga nama kami dalam jadual tersebut T___T




ini la air tangan yang terlibat dalam menjayakan projek kilat tersebut. *sila abaikan muka en.arif yang sangat tidak menyenagkan. hahahaha.

akhir kata,

ada lori ada bas,
ada hari boleh BALAS.



assalamualaikum dan salam 1malaysia!



Saturday, April 3, 2010

cacatness


budak terencat #1




budak terencat #2






hahaha! tiada motif lain kasi tunjuk gambar cacat ne ar.. bukan untuk meminta simpati atau meminta sedekah. hanya untuk suka suki ketiak aku sahaja. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails