Wednesday, January 26, 2011

aku seorang kereta Rusa yang gagah

aku sebuah kereta Rusa yang gagah perkasa. aku banyak memberikan sumbangan peribadi mahu pun secara langsung atau tidak langsung kepada sebuah keluarga pacik Awaluddin.

aku telah berjaya membawa mereka mengelilingi satu borneo dari Tawau sehingga Kuching. walaupun pacik Awaluddin sering membuat keputusan mengejut, sebagai contoh semasa hendak pergi Brunei pada beberapa tahun yang lalu pacik Awaluddin telah membuat keputusan utk terus ke Kuching selepas tiba d Brunei. atau pun semasa sarapan pagi di rumah tiba-tiba isteri beliau hendak makan durian kemudian mereka seluruh keluarga pergi ke Spitang utk mencari durian murah. atau pun tanpa pengumuman awal, aku sering di bawa ke sana ke mari terutamanya Ranau dan Kota Marudu. tapi aku tetap mencuba sedaya upaya memberikan servis terbaik lima bintang.

tiba tiba pada suatu hari, isteri pacik Awaluddin telah membuat satu keputusan drastik. dua atau tiga hari yang lalu, pada mulanya pacik dan isteri pergi kedai kereta mahu menjual kereta Kancil, sahabat karib ku sejak dulu. tibatiba isteri pacik Awaluddin nampak ada seorang pacik mahu beli kereta Rusa di kedai tersebut. maka beliau mempromosi saya kepada pacik tersebut kemudian dia bersetuju kemudian membuat urusan kemudian selesai.

saya sedih melihat wajah tuan saya semasa saya di bawa pergi ke kampung yang baru di Kota Marudu. bertambah sedih apabila melihat wajah anak perempuan nya yg comel. tapi tuan baru saya ini nampak baik. saya harap dia akan melayan saya dengan lebih baik dan tidak akan membuat keputusan drastik apa-apa.

sekian la cerita saya sebagai seorang kereta Rusa yang gagah.

Thursday, December 9, 2010

saya jakun

sila besarkan biji mata anda dan fokus kepada abang baju pink di belakang tuh. abaikan jejaka kurang macho dua orang ituh. haha.

abang baju pink itu ada lah waiter di salah sebuah kedai mamak di Penang. masa dia maw ambil order kami, dia kasi keluar handphone. dalam hati hairan kenapa abang ni kurang ajar maw ambil order pun sempat sms.

sekali rupa rupanya dia ambil order kita lepastu key in ja dalam sistem yg ada dalam hp dorang tu pastu apa yang dia key in tu boleh di lihat oleh tukang masak dan tukang buat air dan tidak berapa lama order kita sampai!

gila maju.

ini la 1st time aku nampak restoran gitu. huhu.

kalau Taj Curry House buat gitu kan bagus. haha.

Wednesday, December 8, 2010

reflection

today i learnt 2 things:

  1. dont be a berleter-saja-kerja-tapi-tidak-pandai-cari-kerja wife.
  2. pray hardly to get a husband that have 100% trust in you and willing to break you out from prison. (amin 44x dalam hati)

oh ya, i learnt that from nangkung and the last three days.

Friday, November 12, 2010

hidup ini aneh. kan?

duuulu.. 5 thn 1/2 yang lalu.. aku tidak sabar tunggu masa ini. masa ini merujuk kpd masa habis stadi tidak paya lagi buat assignment yang selalunya tidak masuk akal tidak payah lagi perah otak sampai keringkontang time exam, tidak payah lagi tidak tdur malam pasal buat ABM (skg tidak tdur psl benda lain) tidak payah lagi ikut benda2 yg sukahati sukabadan ja dorang suru.

sekarang, masa itu di depan mata! tidak sampai 2 minggu lagi aku officially tidak boleh guna student card lg tengok wayang.

tapi, masa yang aku tunggu selama 5 tahun tu aku namaw datang sekarang T_____T

aku namaw ulang balik suma stadi (sudah tentu) tapi aku masi mawu sama kawan2.. wuwu.

oi kawankawan! janji ah.. once friend consider sold. friend forever. heho.

Tuhan, semoga pada masa akan datang, kami masi lagi kami macam sekarang yang suka try try makanan walaupun tiada duit, yang suka jalanjalan walaupun orang lain anggap risky, yang suka ketawa kuat kuat macam saitan, yang suka buang kalori main benda apa-apa tapi lepas tu kompom tambah 2x ganda psl pergi makan di mana-mana, yang tidak tengok siapa kurus ka gemuk ka jahat ka baik ka tapi tetap bekawan walaupun dalam diam2 mengumpat. haha.

amin ya Allah.

Thursday, November 11, 2010

aku seorang mayat

aku maw tunang
tapi aku malas maw buat apa apa
aku maw kawin
tapi aku malas maw ready apa apa
aku maw hidup
tapi aku malas maw rasa perasaan yg macam si*l ni
aku maw mati
tapi aku maw juga hidup time moment yg seronok2
lagi pun bukan sukahati ja maw mati hahahaha

kalau la hidup ada bikin tekan2 utk kasi on ka off ka pause ka kan bagus.

aku benci orang yg dependent all the time. terima kasih kalau ko terasa.

Sunday, October 17, 2010

kenapa saya suka CH tiada air

air yang tenang jangan disangka tiada.....




spongebob, squidward, sandy, cory, judit dan funfun!





selain itu, jangan juga disangka tiada...




ju-on!!



dan juga..



hantu cina yang putih muka.


hehe. kalau maw berkenalan dengan hantu tersebut, sila la ke ----> sini.


yang benar,

jangan kau bimbang sayang..
walau di mana ku berada..
dengan siapa ku bersama..
ku tetap kamu yang punya..


hahahaha!

aku suka gambar ni. macam cool. cewah. credit to maryuna indan :D

eh.

epa si fredOgemuk punya :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails