Monday, November 19, 2012

20112011

1 tahun bebeh!

tahun lalu, malam yang sama, hujan lebat banjir di byk tempat termasuk di jalan lintas dan juga di kampung kami siikit lagi tidak jadi nikah. haha. 1 tahun sudah berlalu, langsir kawin pun masi tidak tukar-tukar. hahaha.

alhamdulillah. syukur kepada Allah plan untuk honey year semua jadi kenyataan. manila, singapore, korea, kuching by road, dan juga jalan-jalan sampingan yg tidak disengajakan sekitar sabah. dan insya Allah, ada 1 plan terakhir lagi bln disember ni.

alhamdulillah. syukur kepada Allah dapat menambahkan hutang piutang sekeliling pinggang. rumah yang belum siap, honda yang baru tadi x valid warranty suda, dmax hello kitty.

alhamdulillah. syukur kepada Allah perasaan masa couple, masa tunang, masa kawin samaaaa saja. selalu rasa macam gf bf ja. tibatiba terfikir eh kami suda kawin pula kan. haha yang bikin geram kalau strangers fikir kami bukan suami isteri yang sah

banyak nya maw disyukuri..

tahun kedua ni, sepatutnya plan lebih serius kan? kurang kan berpoya-poya. tumpukan kepada kehidupan akan datang ;) insya Allah. amin. amin. amin.

paling bikin nervous tahun kedua ni start suda hidup sama-sama. argh takutnya. huhuhu.. betul betul rasa macam baru kawin -.- tolong ya Allah!


kepada en. fendy saili, nda taw macam mana maw cakap terima kasih. cakap terima kasih dari jam6pagi sampai 6 petang tahun depan pun tidak cukup... 

iloveyouhoho!


Tuesday, October 30, 2012

sunrise :D

aku bersyukur sangat sangat sangat kerana ditakdirkan tinggal di Sabah.

di sabah ni semua ada! katakan apa saja! tempat sejuk? panas? gunung ganang? pulau? pedalaman? bandar?

tapi yang paling bessssttt bila-bila ja di mana-mana ja boleh nampak scene cantik-cantik!

pergi pasar dengan umi pagi-pagi nampak scene cantik, pulang dari nabawan lalu di kimanis nampak lagi scene cantik (kalau nda berkabus), lalu lokawi ja pun petang-petang cantik suda scene dia. kalau sipadan mabul gunung kinabalu tu nda payah cakap la... marvelous!

tapi 1 la kelemahan orang miskin nda mampu beli camera mahal ni.. scene cantik macam mana pun nda dapat rakam secantik yang real pasal camera bida dan juga memang tiada talent. kahkah

tapiiiiiii.. ada satu tempat yang tidak payah talent, tidak payah camera canggih, tapi bole mengambil gambar setanding gambar poskad...






di kg Tambisan iaitu kampung en khairul qayyum!

nda paya peduli haha

i want to be a very good wife. 
i want to be a very good daughter. 
i want to be a very good friend. 
i want to be a very good teacher. 
i want to be a very good student. 

but these just can happen in the same time because i dont know how to balance my life!!!! 

if im a very good wife in the same time im not that good as a daughter, friend, teacher and student. and the list will goes on... oh Allah.. how can someone have a balance life.. 

im really bersyukur with all the nikmatssss that i have right now.. but i also have a special request.. 


i want a normal love life :'(



Sunday, October 14, 2012

nabawan-kinabatangan= 340km.

salah satu cabaran yang mesti di tempuhi pasal cinta jarak jauh ni.


pasal cinta jarak jauh ni, kereta yang bagus adalah satu keperluan bukan lagi satu kehendak. kereta tu suda macam darah daging sendiri. jalan raya sabah yang berbukit bukau dan berlubang-lubang sudah sebati dalam diri. ececeh. best juga cinta jarak jauh ni.. banyak masa dalam perjalanan, jadi anggap ja diri sentiasa pergi vacation. haha. lepas tu mungkin juga pasal jarak jauh ni hubungan kami sebelum kawin - selepas kawin masi sama. masih sms tidak pandai berhenti. masih tidak sabar-sabar berjumpa. masih bertukar-tukar gambar mms. masih rasa macam bf dan gf kecuali sekarang kalau keluar dating tiada orang marah hoho. masih tidak pandai masak haha.

tapi kalau fikir pasal perasaan setiap hari ahad iaitu time fred pulang kinabatangan, fikir pasal keselamatan di jalan raya yang risiko tinggi tu, fikir pasal sakit leher dalam kereta tu, fikir pasal rindu 24jam, arghh! tolong la ya Allah, perkenankanlah doa kami, luluskan lah permohonan pertukaran tu :( jadikan lah tempat terbaik bagiku adalah di sisi suamiku. amin.

Thursday, June 21, 2012

NO ONE

NO ONE told us that sleeping in train is not comfortable at all. with goyang sini goyang sana, noise some more, its totally different than what I imagine when reading novel or watching movie that have train scene. haha. (useful tips: please ensure your bed is in the middle of the couch when booking online.)



zombie nda cukup tidur haha


NO ONE told us that the bed is smallll. but that one, logic bha kan. kehkeh

the first train paling nda selesa with the bau from the tilam. but the second one, better. 



NO ONE told us that TRANSFORMERS RIDE is very very very amazing. (but not that amazing after we stumbled something similar ride just at the siring jalan in seoul. haha) but the quality of course la USS manang.

eiiiii baru lepas teriak-teriak dengan tangan berpeluh pasal nevessss. hoho



NO ONE told us (valid only at the time, and i dont know now) train from KL-SPORE have to stop somewhere in Johor because of the rail was broken. so we need to take bus for about 1hour and half and continue our journey by train again. lucky us we arrived earlier at KL sentral so we have time to wander around and thats when we knew about the broken railway.


NO ONE told us that the bus stop for USS is not at the woodland train station, but at the woodland LRT station. we was waiting there for about 1hour before knowing the truth. huh.


NO ONE told us that KL sentral has tempat mandi and library. thank god there is tempat mandi, so we have the chance to take bath at least once for our 3D2N trips. hahaha

rugi kaki ni dapat tuan macam ni haha


NO ONE told us that backpacking (is that backpacking or homeless vacation hahaha, the one that you just sleep at the train for 2 nights in a row, you didnt check in at any hotel) is not very siok but its worth the experience and of course the money. hehehe. we went to KL early friday morning, sleep at the train on our way to spore, reach there at 6 am, go to uss, then merlion for awhile, going back to msia at 11pm, reach kl at 6am and fly to KK at 11am on sunday. very cheapskate!! :D

fendy, youre blessing from Allah. my travel buddy, my bestfriend, my husband dunia and akhirat. amin. 




Sunday, June 17, 2012

budget travellers went to Seoul, Korea.


berbekalkan rm3000 untuk kami dua orang(rm1500/satu orang),  bersama 2 orang sahabat handai yang lain, kami berjaya berjalan-jalan melihat alam di seoul, korea! ada baki lagi rm 191 hehehe. apa yang kami buat dengan budget rm3000 itu adalah:

1)Bayar guest house. rm140lebihkurang/per night.

sangat recommended! ada stove, fridge, washing machine, wifi

2)Makan-makan. shrimp burger (lotteria) adalah makanan ruji setiap hari dan juga susu lazat.

hari-hari makan lotteria pun tiada ambil gambar pasal tidak berapa suka. tapi susu ini, terbaik!


3)Namsan Park (seoul tower, love padlock, tapi tidak masuk teddy bear museum)

walaupun kita tiada letak padlock pasal mahal, tetap i love u! 

4)Chongyong gun river.

ngam-ngam ada show.. untung la 3 orang lelaki itu.


5) Tengok 4D di tepi jalan. (padahal hari tu jauh-jauh pergi USS untuk main transfomers 4D, di korea tepi jalan la dapat suda haha.

Shah, taken. haha


6)Aiins world

sakit kaki pasal ikut orang korea sesat


7)World Cup Stadium

sebahagian dari pemain yang baru selesai memakai baju

8)Korea National Cemetry

sementara tunggu banpo bridge berlampu duduk-duduk sini dulu


9)Banpo Bridge
ada kisah di sebalik gambar


10)Nami Island

gambar mengikut tema tempat penggambaran iaitu tempat first kiss winter sonata ahaha

11)Dongdaemun

baaanyak barang yang best dan unik dan cantik tapi mahal :(



12)Namdeimun
murah lagi beli ole-ole di doota.


13)63 Building
aquarium dlm 63 building



14)lupa-sudah-nama-istana ni. susah bha bahasa dorang huhu T.T
Add caption


15)Hello Kitty cafe


ini adalah bapa kucing


16) beli ole-ole.

untuk diri sendiri hanya beli casing hp (WHICH I LOVE THE MOST) skirt dan dompet hello kitty. oh dan bag daiso 1. 

sekian, dan terima kasih.

Thursday, May 17, 2012

mari bercerita pasal majlis nikah :D

okeh basi.

bukan lagi basi, berulat sudah.

biarlah. hahaha.

"aku terima nikahnya, iffahzuleha elmandily binti awaluddin dengan mas kahwin 500ringgit tunaiiiiiii"

fendy bin saili telah berjaya menikahi iffahzuleha elmandily bt awaluddin dengan jayanya iaitu dengan sekali lafaz pada 19.11.2011 yang lalu. tapi dalam sijil nikah kena taru 20.11.2011 supaya cantik tarikh HAHA.


 ayahanda yg tercintah yg menikahkan.
(ya tiada bantal nikah pasal orang tu lupa bawa. but who cares?yg pnting kawen hahaha.)


19.11.2011 ini hari yang bersejarah di mana Kg Sri Pandan yang tidak pernah banjir sebelum ni, dilanda banjir pada hari yang bertuah ni. haha. banjir juga berlaku di beberapa kawasan bandar KK. macam disaster plak nikah time-time gini. macam nda kena bless plak kahkah (nauzubillah). hujan lebat bermula dari siang sehingga Magrib. terima kasih Tuhan hujan berhenti sebelum Isya' jadi masa lepas Isya' (masa majlis dirancang utk bermula) air sudah surut-surut sikit.

debaran malam tu ya Allah sangat-sangat berdebar. bukan berdebar pasal apa, tapi siiiikit lagi kami tidak jadi kawin. banyak orang telefon bagitahu tidak dapat datang pasal banjir jadi tidak dapat lalu, tapi semua tu tidak kisah lagi pasal yang penting dorang rombongan lelaki dapat datang. tidak sabar suda jadi bini orang beb! haha. dan Alhamdulillah dorang berjaya datang walaupun air sampai dalam kereta sudah. huhu.


jangan lah nangis bang :p   i <3 u bha! 


akibat dari debaran berlebihan, masa yang sepatutnya berdebar iaitu masa lafaz nikah di ucap, tiada sudah debaran yang tinggal. dari rumah pergi masjid pun pakai selipar crocs ja haha di iringi oleh orang-orang sot (read: dudu, ninang, qayum) haha.

tima kasih datang walaupun banjir ya! haha


malam tu ja banyak dugaan, harap lepas ni kami tabah la hadapi dugaan yg mendatang. kan? kan? kan? mari amin ramai-ramai! aaaaaaaaaaminnnnnnnn~






ya inai bida naima yang buat HAHAHAH. 

[semua gambar lukman ambil :D photog pun tidak dapat datang pasal banjir]



Monday, April 2, 2012

pengalaman berharga


jadi kemarin aku dengan suka hati ikut fred fendy remaja klasik kesayangan hati balik kinabatangan dengan racangan awal pagi isnin (iaitu hari ini) balik nabawan dan terus pergi sekolah. dalam jam 3petang bertolak dari sini.. tiba-tiba, nasib tidak menyebelahi kami apabila 1tayar pecah bersama rim sekali apabila terlanggar lubang yang maha dalam di jalan telupid-beluran. masa tu dalam jam 7 lebih.. di dalam kegelapan malam, di kelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit kami menukar tayar dengan jayanya..


keluar kuasa kuda


oleh kerana rim pecah, jadi rancangan untuk balik ke sekolah terpaksa ditukar dengan berat hati nya. rancangan yang baru ialah balik ke kk awal pagi, pergi honda beli rim 1 biji, selesai urusan, fred fendy remaja klasik balik kinabatangan jam8 malam, iffahzuleha pula balik nabawan ke esok an hari nya.

tiba-tiba, lepas sahaja limpas telupid, 1 lagi tayar pancit. sudah jatuh di timpa tangga nasib baik di timpa tangga yang tiada cedera parah. syukur kepada Tuhan, batch kami di hantar di seantero negeri sabah. jadi dengan besyukur nya kami telefon cikgu Iqbal, minta tolong hantar tayar pergi workshop kasi repair kemudian selesai dan kemudian perjalan diteruskan dengan encik fendy remaja klasik punya muka hangus terbakar psl tunggu kami repair tayar lama sangat. haha. Iqbal, may Allah bless u!


tukar tayar beberapa kali dalam masa kurang dari 24jam membuatkan aku rasa cool. haha


selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan sampai la ke kk dengan selamatnya pada pukul 2. mengambil masa lebih lama daripada biasa. tetapi pencarian rim masih diteruskan kerana rim di honda berharga rm964 untuk 1 biji sahaja tanpa tayar. huhu. semoga Allah merahmati pencarian rim ini naaanti minggu depan. amin.

secara kesimpulannya, sebab itu lah saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini cikgu! tolong maafkan saya ya!

Wednesday, March 28, 2012

kebetulan yang betul-betul




jun 2010 (kalau tidak silap)

kami ke manila beramai-ramai. pada suatu malam, hujan turun dengan kuat nya dan kebetulan pula pada masa itu kami sesat jadi basah kuyup dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. oleh kerana itu, terpaksa pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.

seluar pun yang koyak kena tampal ja -.-

jun 2011

masa tu di jakarta, hujan turun dengan lebatnya sehingga jakarta banjir. dalam (agak) kesesatan mencari stesen keretapi, baju dan seluar basah kuyup dan juga menyebabkan pakai trek suit jalan-jalan pada hari berikutnya.
ok tiada gambar lain. ini gambar maw mms sama lukman supaya dia setuju atau tidak dengan jaket tu haha. (pakai kasut sukan lagi, tinggal turun padang ja bha ni hahaha)


disember2011


di manila, dalam perjalan pulang dari manila mall dengan hanya berjalan kaki, hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya dan kesimpulan sama terjadi.. pakai trek suit sampai la beli jeans baru. haha.

malas maw rotate. haha

itulah perlunya belajar sejarah kan? supaya tidak jadi macam aku ni yang tidak pernah belajar dari pengalaman. haha. next time mesti bawah jeans lebih dari satu!

Friday, March 2, 2012

kenapa raja sehari tidak boleh di guna pakai kepada kami


ALHAMDULILLAH.

majlis kahwin hari tu boleh dikatakan berjaya pasal tiada benda yang maw di senarai kan sebagai memori hitam. haha. walaupun aku terasa macam bukan raja sehari kecuali part duduk di pelamin pastu orang tengok-tengok. selain itu, terasa macam artis, sana sini ambil gambar. hehew. ohya, kenapa kami bukan raja sehari adalah seperti berikut:

1. jam 5.30 pagi (hari bersanding) bangun, pergi dewan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran sekalian, tolong set up segala kerusi meja, photobooth, candy buffet(candy buffet ka juga nama dia tu naima? hahaha). secara normal nya, pengantin akan bersiap di rumah untuk bercantik-cantik, bukan di dewan join angkat kerusi sekali. huhu.



2.bersiap untuk hari raya lebih lama aku rasa daripada bersiap untuk bersanding.
bayangkan tuantuan dan puanpuan, lepas gigih menolong di dewan, balik rumah dalam jam8pagi , tukang mekap ada suda tapi pengantin belum mandi. dia mekap kejap ja lebih kurang setengah jam, lepas tu baru sedar shawl& veil belum iron. paling sandi. sedangkan kalau hari raya, malam sebelum sudah siap semua ber iron. hehe. nasib ada kela, dia tolong iron dan tolong pasang shawl. huhu.


muka mekong ja kepenatan haha


3. sepanjang hari persandingan tu kami tiada makan apa apa.
dari mula sampai di dewan jam 10pagi, orang panggil bergambar sana sini, senyum-senyum kambing sana sini, beramah mesra sana sini sedar-sedar jam 2.30 petang suda. baru sedar, kami belum makan. mmg tiada acara makan beradab, tapi tiada orang sedar juga kami belum makan. hahaha.


dari mula masuk dewan, perut memang andang-andang lapar. haha


4. kamilah antara orang paling last meninggalkan dewan, paling last si yasir. lepas tu balik rumah drive sendiri!


guard dewan penjara pun tekejut tgk pengantin driving :D


5. pada sebelah malam pula, ada orang pergi main futsal & aku menemankan dia seperti hari normal. entah ada ka orang gila bola macam dia ni. haha. lepas kawin, trus main.


nampak jersi no.2 yang baru lepas jatuh tu? thats my beloved husband :D kehkeh

6. daaan keesokan pagi nya, kami ke kota marudu memenuhi jemputan kawen kawan. macam nda pandai penat plak kita kan b? haha.




banyak benda yang terjadi di luar jangkaan tapi akhirnya settle. semua rahmat Tuhan :) mempunyai umi ayah kela abg amir yasir naima lukman adek dan keluarga yg supportive, orang sekeliling yang baik hati, kawan-kawan yang sentiasa memeriahkan majlis dan semuaaaaa tetamu yang tidak habis-habis datang pun semua rahmat Tuhan :)

kesimpulannya majlis kawin kami ni macam majlis main-main ja. hahaha. tapi sebenarnya majlis kawin ni sebelumnya ja rasa macam-macam. tapi lepas majlis tu baru kita sedar yang majlis ni macam majlis biasa ja yang satu hari habis. tidak payah la terlalu risau tidak berpada-pada. hehe.

Monday, August 1, 2011

are you ready classs?~~~~

selalu tanya 'are you ready class?~~~' sama budak tahun1 sebelum dorang buat persembahan nyanyian ikut kumpulan. dan dorang akan jawab dengan semangatnya. hehe comel. hehe dan terasa mcm aku ni pengacara dlm tv. walaupun dorang kelas last & tepaksa ajar nyanyi guna pendengaran pasal tidak pandai membaca tapi dorang comel juga kadang2 dan pendengaran sangat hebat.

sebenarnya maw bertanya diri sendiri. ready ka aku maw kawen ni? sebenarnya dalam kepala simple ja. kawin. tiada fikir benda lain. jadi bila kawan-kawan tanya itu ini, cakap pasal hal tanggungjawab semua mmg takut juga sekejap tapi lepas tu lupa. hahaha.

ready kah sebenarnya kami yang pergi tempat pelamin cakap sama org tu 'apa yang kau rasa cantik itu la yang cantik bagi kami' pastu pergi tempat baju tidak sampai 10minit decide macam mana warna dan design pastu boleh pula pujuk ayahumi berabis supaya majlis one go ja pastu bila baca blog bride to be terfikir kenapa aku xda perasaan macam dorang haha. ready ka aku utk kawen 20.11.2011 ni?

HAHAHA. hantam ja la kan?

Wednesday, June 15, 2011

kali pertama

jadi masa cuti sekolah Jun hari tu, kami (aku, yasir, naima) pergi ke Jakarta untuk kali kedua. tapi kali ini lebih kepada untuk menyelesaikan misi mustahil bukan untuk merondaronda melihat alam. 3 hari di sana Alhamdulillah misi selesai di laksanakan. jadi baki lagi 4hari kami pun berpleseran sehingga ke bandung. haha. byk benda 1st time dalam hidup aku masa di sana...

first time #1
salah masuk tandas. aku mmg nampak sign 'toilet pria' tapi disebabkan tangki yang macam maw pecah sudah tambah lagi aku nampak ada prempuan becermin di depan tandas tu aku hantam ja la.. sekali baru masuk selangkah ada orang tegur 'mbak mahu ke mana? tandas wanita di atas' haiiiihh.. nasib keinginan untuk buang air mengatasi kemaluan aku.

first time #2
jadi aku pun cari tandas ppuan. lepas dapat aku pun masuk tengok tandas duduk tapi sangat sangat kotor. siapa la mahu duduk di tandas sekotor itu. adeh. jadi aku mencangkung la.. masa mahu cuci baru aku sedar paip cuci dia dari dalam mangkuk. jadi dengan menggunakan skill yang ada aku maw buka paip tu pelanpelan pastu guna air tu. tidak sangka plak air dia saaangat deras sampai terkena pintu. dan tidak sangka lagi, ada orang teriak dari luar 'mbak!!! salah tu posisinya!!' sebanyak beberapa kali. macam aku tidak maw kwar ja dari tandas tu lepas tu =.=

first time#3
salah bagi duit. dua ribu rupiah ku sangkakan dua puluh ribu rupiah. cashier tu kasi ketawa aku lepas tu rilek ja cakap 'orang Malaysia ya?'. hahaha. ketaralah orang malaysia mmg selalu salah.

first time #4
siapa pernah jalan kaki ayam d Jakarta angkat tangan. hehe. hujan tidak sampai 2jam Jakarta banjir. hehe. di center of Jakarta lagi tu... hebat. masa ini juga la merasa terkena kejutan elektrik. tapi yang best nya, masa hujan hujan banjir banjir begitu kami lari lari pergi stesen kereta api, tapi lepas ja nampak ada gerai jual baju smart tepi jalan terus singgah. haha. memangla nda berfikiran waras.



first time #5
pertama kali dalam hidup dapat sarapan maggy cup dari hotel di Bandung. hahaha. tapi malamnya, kami terpaksa makan magy cup lagi lepas duit habis di belanja.hahaha. makanan 2nd, shoping 1st.




first time #6
baaaanyak makanan baru yang di makan untuk pertama kali. pasal memory low memang tidak ingat sudah. tapi paling di ingat 1st time makan macarons. tidak sedap rupanya. sudalah mahal. hurm





selalu nya aku tidak berminat untuk pergi ke tempat yang sama dua kali. tapi kali ini, yang pastinya Bandung akan ku lawati lagi.. fuhhh. kali ni mesti bawa duit satu karung. baru puas hati. amin.

all picture credit to yasir. hehe. aku ambil satu ja gambar masa di sana. haha.

Thursday, May 5, 2011

i need someone.

cant write on fb. cant talk to my friend.

ketulahan. is it?

padan muka!

Monday, April 11, 2011

Tuhanku ya Allah...

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah pencen,
Tlg ingatkan aku kepada masa ini, sehingga saat ini mereka sentiasa pastikan perbelanjaan aku tidak pernah putus malah mereka berusaha untuk memastikan perancangan hidupku berjalan lancar.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan mahu ke mana-mana,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menemani aku dari menghantar aku ke sekolah semasa kecil, sehingga semasa hari pertama melapor diri untuk bekerja dan juga tentang mereka sanggup bekorban utk menghadiri konvo aku.

Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan memerlukan pertolongan ku utk bergerak,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menghantar aku ke pintu kereta sambil memastikan semua barang aku di angkat kemudian menanti sehingga aku hilang dari pandangan jika aku mahu berjalan pulang walaupun hanya ke asrama Gaya atau ke Nabawan.

Tuhanku,
Bila nanti aku maw belikan bunga untuk kekasih hati ku si fred fendy,
Tlg ingatkan aku, bunga pertama kali yang pernah ku terima d dunia ini adalah daripada umi ayah semasa konvo. Mereka bukan jenis orang yang membeli bunga atau hadiah tetapi mereka untuk pertama kalinya membelikannya utk aku.

Tuhanku,
Bila aku mengagumi kasih sayang dan cinta fred fendy kepadaku selama 4thn perkenalan ini,
Tlg ingatkan aku tentang kasih sayang dan cinta umi ayah yang tidak pernah putus kepada ku sejak 24 thn yang lalu.

Ayah umi, epa cintakan ayah umi walaupun tidak pernah tunjuk dan tidak pernah ckp dpn ayah umi dan walaupun epa bkn anak yang baik dan selalu tidak dengar cakap dan selalu tidur tidak sedar diri.

Wednesday, March 2, 2011

hoi orang gumuk warna kuning!

digi palui.

oleh kerana tiada line DiGi sini Nabawan (padahal di simpang masuk yang 7minit ja dari sekolah ada line sini plak tiada. aneh sungguh) jadi kami bersatu hati dan sebulat suara maw beralih arah ke Celcom.

maka, hari tu telepon la DiGi center. itu amoi cakap kalau maw tukar celcom mesti supliment line buat account sendiri dulu. since kami guna DiGi50. tapi dia tidak mention mesti buat di DiGi center shj.

jadi aku, ayah, umi pun pegilah booth DiGi , tempat kami register postpaid itu hari. tp org tu cakap tidak boleh. mesti di Digi center juga.

next week nya baru dapat pegi Digi center pasal kan biasalah org Nabawan. punya susah maw pegi sana hari sabtu dan punya awal aku sampai sana. sebelum pintu dorang buka lagi. malangnya tu acai cakap mesti org dia datang juga. walaupun aku bawa IC umi ayah tidak dapat juga. buduh! kalau suda orang tu trust kita bawa IC dia apa guna lagi dorang datang sndri! pastu aku gtaw la masalah aku tidak dapat pegi sama2 pasal ari sabtu dorang ada kursus. dia bagi solution-buat surat pemberian kuasa untuk wakil. ok fine. masi dapat besabar.

kemarin, ayah sama umi pegi la sana bawa surat bodoh tu sekali. apa tu orang Digi cakap sama dorng? tidak dapat juga process pasal aku tidak mention di surat tu kenapa dorang maw buat account sendri dan apa aku maw buat sama akaun aku. bodoh!

apalah susa sangat. kasi ja la dorang buat account baru. bukan kami maw minta sedekah sama kau! bodoh. aku tidak kisah la, aku memang selalu malang dalam urusan urusan gini. tapi kau suda susahkan ayah umi aku la bodoh! dasar mahluk kuning! patut la tiada line sini! pasal kamu bodoh rupanya!

Tuesday, February 8, 2011

my second love (after fredogonzales haha)

epa love makanan!!!

untuk keseinambungan cerita pasal makanan 13SG hari tu, dengan alasan yang sama iaitu terlampau lama di ruma maka terciptalah beberapa lagi makanan 13SG yang berasaskan milo. hehe. bukan jamilo ya kawankawan.. tapi milo yang minum milo anda jadi sihat dan kuat.

tuan tuan dan puan puan resepi pertama pada hari ini ialah...


milopisang. memang umph! kalau tidak makan nasi pun boleh lepas makan ni. hui. saya suka ini barang!



resepi kedua pula ialah..


applemilopekat. haha. selain campur amoi.. apple yang dicampur milo juga lazat ya tuantuan dan puanpuan.


dan resepi yang terakhir ialah...


ini edisi khas chinese new year. milomandarin. hoho.

becakap pasal makanan ni.. selepas mengetahui tempat posting di Nabawan, tanpa membuang masa kami telah berusaha untuk mencuba makanan yang ada di iklan kan samada di radio atau television. tetapi semuanya sangat mengecewakan..


sebagai contoh ya tuantuan dan puanpuan, ini adalah piza yang kami hendak makan..

tetapi yang sampai adalah begini


orang buta pun boleh nampak perbezaannya. huhu. mana merah2 yg dalam gambar? mana bentuk empat segi di tengah2? mana? haha. dan saya dan pen
dapat saya mengatakan menabur benda se akan cornflakes di atas pizza bukan idea yang baik. huhu.

pastu maw try yang lain pula.. konon nanti tidak dapat lagi
selalu makan begini, padahal Nabawan-kk dekat ja pun haha.


perhatikan bulat2 di atas, macam maw melimpah bagaikan
volcano kan.. tapi realtinya..


ala xda ambil gambar di dalam dia. huhu. tapi xda yang melimpah dan rasanya pun urmm susa maw cakap. haha.

dan contoh yang terakhir ya murid-murid..

adakah anda kenal apa ini? haha. rupa sebenarnya rupa dia adalah begini..


haha. nasib baik rasa yang satu ini ok. huhu.

ya memang pun dari duuuuulu lagi kita tidak pernah dapat exactly macam dalam iklan kan T___T bestnya kalau ada 1 department untuk mengadu halhal begini. wuu wuu.

okeh la, sekian dan harap maklum.

sign out until get internet connection.. hahaha. harap la skolah tu ada wireless tidak payah ambil broadband. huhu. amiin.

wish me luck people!!~~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails