jadi kemarin aku dengan suka hati ikut fred fendy remaja klasik kesayangan hati balik kinabatangan dengan racangan awal pagi isnin (iaitu hari ini) balik nabawan dan terus pergi sekolah. dalam jam 3petang bertolak dari sini.. tiba-tiba, nasib tidak menyebelahi kami apabila 1tayar pecah bersama rim sekali apabila terlanggar lubang yang maha dalam di jalan telupid-beluran. masa tu dalam jam 7 lebih.. di dalam kegelapan malam, di kelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit kami menukar tayar dengan jayanya..
keluar kuasa kuda
oleh kerana rim pecah, jadi rancangan untuk balik ke sekolah terpaksa ditukar dengan berat hati nya. rancangan yang baru ialah balik ke kk awal pagi, pergi honda beli rim 1 biji, selesai urusan, fred fendy remaja klasik balik kinabatangan jam8 malam, iffahzuleha pula balik nabawan ke esok an hari nya.
tiba-tiba, lepas sahaja limpas telupid, 1 lagi tayar pancit. sudah jatuh di timpa tangga nasib baik di timpa tangga yang tiada cedera parah. syukur kepada Tuhan, batch kami di hantar di seantero negeri sabah. jadi dengan besyukur nya kami telefon cikgu Iqbal, minta tolong hantar tayar pergi workshop kasi repair kemudian selesai dan kemudian perjalan diteruskan dengan encik fendy remaja klasik punya muka hangus terbakar psl tunggu kami repair tayar lama sangat. haha. Iqbal, may Allah bless u!
tukar tayar beberapa kali dalam masa kurang dari 24jam membuatkan aku rasa cool. haha
selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan sampai la ke kk dengan selamatnya pada pukul 2. mengambil masa lebih lama daripada biasa. tetapi pencarian rim masih diteruskan kerana rim di honda berharga rm964 untuk 1 biji sahaja tanpa tayar. huhu. semoga Allah merahmati pencarian rim ini naaanti minggu depan. amin.
secara kesimpulannya, sebab itu lah saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini cikgu! tolong maafkan saya ya!