Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah pencen,
Tlg ingatkan aku kepada masa ini, sehingga saat ini mereka sentiasa pastikan perbelanjaan aku tidak pernah putus malah mereka berusaha untuk memastikan perancangan hidupku berjalan lancar.
Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan mahu ke mana-mana,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menemani aku dari menghantar aku ke sekolah semasa kecil, sehingga semasa hari pertama melapor diri untuk bekerja dan juga tentang mereka sanggup bekorban utk menghadiri konvo aku.
Tuhanku,
Nanti bila ayah umi sudah tua dan memerlukan pertolongan ku utk bergerak,
Tlg ingatkan aku tentang bagaimana mereka sentiasa menghantar aku ke pintu kereta sambil memastikan semua barang aku di angkat kemudian menanti sehingga aku hilang dari pandangan jika aku mahu berjalan pulang walaupun hanya ke asrama Gaya atau ke Nabawan.
Tuhanku,
Bila nanti aku maw belikan bunga untuk kekasih hati ku si fred fendy,
Tlg ingatkan aku, bunga pertama kali yang pernah ku terima d dunia ini adalah daripada umi ayah semasa konvo. Mereka bukan jenis orang yang membeli bunga atau hadiah tetapi mereka untuk pertama kalinya membelikannya utk aku.
Tuhanku,
Bila aku mengagumi kasih sayang dan cinta fred fendy kepadaku selama 4thn perkenalan ini,
Tlg ingatkan aku tentang kasih sayang dan cinta umi ayah yang tidak pernah putus kepada ku sejak 24 thn yang lalu.
Ayah umi, epa cintakan ayah umi walaupun tidak pernah tunjuk dan tidak pernah ckp dpn ayah umi dan walaupun epa bkn anak yang baik dan selalu tidak dengar cakap dan selalu tidur tidak sedar diri.