Saturday, August 28, 2010

hati-hati

mesti hati-hati di ranjang kalau tidak, boleh mati.

haha. tidak taw bila keluar ni movie. tapi cerita indon mest tajuk comelcomel.

Monday, August 23, 2010

10 things you must know before going to manila



#1 HATIHATI kalau maw charter jeepney.




semua mukamuka di atas adalah orang yg gembira walaupun tahu suda uncle jeepney tu menipu. huh. dia cas mahal-mahal pastu boleh-boleh cakap kuat-kuat sama geng driver jeepney dia yg lain berapa kami bayar trus ketawa terbahak2. jadi kompom la walaupun kami yang tidak faham pilipin masi boleh taw juga dia menipu. tapi masih gembira pasal itu first time naik jeepney!! (padahal sama ja dgn bas di medan) ehehe.

jadi sebelum naik itu jeepney tanya dulu berapa tambang kalau yg normal dan berapa kalau charter. buat perbandingan. macam yg kami buat selepas kena tipu hari pertama ni :)


#2 jangan percaya kaki anda mampu berjalan seluruh intramuros


apa lagi kalau pki kasut crocs. heh. kami yang telah menganggap diri sebagai insan gagah maw pusing semua intramuros tu konon dgn guna kaki ja last2 menyesal seumur hidup. kaki macam maw tercabut suda bak kata zul mcm maw ganti ja tangan sama kaki, jadi guna tangan ja bejalan. huhu. pasal kami takut kaki tecabut dan memang xda tenaga batin dan zahir lagi jadi tidak semua tempat dapat di lawati.

jadi lain kali sila sacrifice peso anda sedikit untuk naik kereta kuda ya! tidak mahal pun. 100peso = rm7+. huhu. kaki kita bernilai lebih dari 7rgt eheheheh.


#3 sila jangan anggap ocean park tu ada akuarium yg paaaaanjang.


akuarium yg macam di atas ni hanyala pendek sahaja. yg lain2 akuarium macam biasa. huh. untuk mengelakkan rasa membazir pasal entrance yg mahal kami stay sana d akuarium tu laaaama. hahaha. byk sesi berfoto-foto kononkonon maw macam di majalah. thanks to farid. haha.


# 4 BENCH/ ialah satu kedai yg hebat dan best dan agak murah dan comel2 dan saya suka!


keluar masuk keluar masuk bench 3x d mall of asia pasal ada ja tidak puas hati belum beli itu la ini la. last2 semua ole2 utk ahli keluarga di beli d bench. bila la bench maw buka d kk ataupun d putatan? hurm.


#5 makanan halal sedap dan sempurna hanya la di makati (dekat sama greenhill)


sana pun satu2 nya masjid kami jumpa. mungkin ada tempat lain. tapi kami jalan2 byk di soping mall ja jadi ini ja kami jumpa. oho. makanan pun sedap tidak macam sebelum nya makanan terlampau pedas dan juga makanan terlampau tidak sedap. pasal tidak banyak tempat yg boleh kami masuk makan jadi hantamja la labu.

bila tanya orang 'excuse me where can we get halal food?' byk orang mst cakap 'are u from malaysia?' haha.



#6 sila pergi ke mall of asia dan sila tgk wayang sana



TAPI SILA JANGAN LETAK BENDA PUTIH YG DISEDIAKAN DI KAUNTER BANYAK2 KE DALAM POPCORN. kami fikir itu ialah gula untuk letak di popcorn pasal popcorn dia putih ja mcm xda gula.. hampir separuh benda putih tu aku letak sekali garam rupanya! grr.


#7 GREENHILLS mmg tempat shoping yg murah



tengok ninang berjaya membeli semua tshirt di booth tu sampai habis semuanya. tp ingat BACLARAN ADALAH TEMPAT YG JAAAAUH LAGI MURAH. perbandingan nyata= di greenhills seluar 1000peso boleh dapat 3. d baclaran 150peso dapat 1 seluar. tapi jangan jalan2 sana waktu mlm pasal mcm sedikit bahaya. terima kasih.



#8 semua benda maw bebaris



ini bebaris untuk maw tunggu bas. masuk tandas pun dorang baris di sana. kadang-kadang barisan sampai di luar tandas. hahaha. tapi kalau tunggu komuter dorang tidak akan baris oleh itu pastikan anda tidak tertolak di luar dan ketinggalan komuter macam saudari isninah. HAHAHA.


#9 BOCOBO hotel adalah hotel yang terbaik!



ngam untuk budget traveller. dekat sama rizal park dan komuter stesen (walking distance) layanan semua sangat bagus! ada tv boleh tgk rancangan sabung ayam. breakfast pun ada tapi untuk orang yang nama donorich ka cory joanes sahaja. untuk iffah atau isninah atau farid tidak boleh makan. semuanya lengkap kecuali tiada iron. haha. dan tiada swimming pool. jadi jangan tanya di mana swimming pool sama receptionist.


# 10 manila adalah tempat yang selamat!

ini yang sangat sangat bagus. di mana-mana ada nampak guard. dan guard di sana sangat smart! sangat membantu dan bukan macam guard di sini. huhu. pakaian dorang pun smart.. selalu nampak guard baju putih. kalo di intramuros baju biru. kalau kita tanya direction dorang akan sedia membantu walaupun dorang tidak berapa fasih english dorang akan panggil kaum kerabat sahabat handai dorang untuk tolong kita. kalau di mall of asia guard ada buku panduan location-location kedai. cool!

asal nampak dorang trus terasa diri dalam keadaan selamat :)

p/s: kalau ada org maw sponsor shoping sana saya sanggup jadi guide secara percuma!! *tawaran terhad*

ceh. haha. bha.. salamat pok!~~




Monday, August 16, 2010

cepatlah masa berlalu!

encik A masuk. kena marah. puan B masuk. kena lagi.
(senario yg biasa terjadi walaupun bukan setiap hari)

kalau kena bagi double cheese burger bagus juga. ini double ceramah.

huhu. pokok pun kalau kena marah hari-hari boleh mati.. apa lagi manusia.

sejak masuk sini, hari pertama mendaftar dgn perasaan gembira tiba2 sampai di kaunter kena marah oleh tutor. alasan dorang: kami tidak dapat surat rasmi apa-apa tapi berani2 mendaftar di sini. surat tidak kena kasi keluar oleh pihak berwajib, kami yg kena marah? bagus!

start dari hari tu sampai sekarang sem8 masi lagi kena marah macam la kami ni penjenayah seludup dadah.

kalau di sekolah, murid-murid tidak bagus, kami yg bersalah. dorang cakap: murid tidak suka belajar, tidak pandai mengira semua berpunca dari guru. dari cara pengajaran guru. dari pendekatan yg kena guna.

tapi kenapa kalau kami tidak bagus, dorang tidak salahkan diri sendiri sebagai guru kami? kenapa dorang tidak buat refleksi diri sendiri sebelum marah mcm kami ni umur 8 tahun.

ya.. memang la kami bukan baik sangat tapi marah & kasi malu kami bukan lah cara terbaik.

apa lagi kalau cakap besar, temberang2 sana. sama sekali BUKAN yg terbaik!

kamu yg selalu samakan kami dgn budak U jadi kenapa tidak layan kami sama mcm dorang kena layan?

T_____________________________________________T



Saturday, August 7, 2010

saya budak ingin tahu




hari ini,

aku mahu tahu apa perasaan letak gambar sendirian di blog secara besar2an.

hahahaha :D

buat pengetahuan orang awam, aku tidak pernah set gambar yg sendiri-sendiri jadi walpaper hp atau letop.

kenapa? aku pun nataw. malu kali.

hoho.

selamat berpuasa semua!

jangan puasa nyangnyuk pagi pagi buka periuk ya~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails